Pasar Malam Batu Feringgi - tempat shopping menarik di pulau pinang

Pasar Malam Batu Feringgi

Orang kata ini pasar malam terpanjang kat Malaysia. Betul ke?

Pasar malam Feringgi ka Penang ini lain dari pasar malam biasa. Tak ada makanan atau bawang di sini.

Yang ada — cenderamata, pakaian serta aksesori wanita.

Harganya tidak murah. Peniaganya pula tidak semesra yang anda harapkan.

Kalau anda ingin menaiki beca atau mengurut kaki yang lenguh, tiada masalah. Anda bakal disapa oleh ramai tukang urut kaki di sini.

3 Tarikan Paling Top Kat Penang

Tips Pengunjung

1. Banyak bersabar. Pertama sebab orang ramai, dan kedua sebab anda tidak boleh bergambar percuma. Papan tanda RM 5 untuk bergambar dipamerkan dengan jelas di kebanyakan kiosk niaga. Dan anda bakal lihat ramai pelancong luar yang di-pau hidup-hidup oleh peniaga.

2. Kalau anda ada anak kecil, lawat masuk ke restoran makanan laut di tepi jalan ini. Ada ketam Alaska, udang galah dan ikan hidup untuk mereka tengok.

3. Untuk yang tak sanggup sangkut jem sebab nak ke sini, boleh book hotel kat Batu Ferringhi. Keluar lobi terus boleh ke sini jalan kaki.

Tarikan Lain Sekitar Kawasan

Kalau anda tak sempat ke pasar malam ini, anda masih boleh layan syahdu angin laut kat Batu Ferringhi.

Kalau nak ke Hutan Simpan Teluk Bahang pun boleh.

Kalau nak tarikan yang bertiket, ada taman rama-rama Entopia, taman herba Spice Garden dan paling utama, taman tema dan taman air kat Escape Park Penang.

Kredit

Kredit

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan