Pasar malam Goldenhill ini hampir sama dengan apa yang ada di Kea Farm Cameron.
Bezanya kat pasar malam paling sejuk dalam Malaysia ini, ada makanan goreng-goreng.
Jadi kalau anda pening mencari menu nak makan malam, jalan-jalan lah di sini. Mungkin ada aiskrim, mee goreng, apam balik atau nasi ayam untuk anda cuba.

Kredit : foodstory
Untuk anda yang esoknya nak balik awal pagi, dan tak mahu singgah ke mana-mana dalam perjalanan balik nanti, pasar malam Cameron ini ada buah strawberry dan juga sayur-sayur. Bolehlah jadi tempat tarikan terakhir yang anda singgah sebelum balik nanti. Tapi harga kat sini, tinggi.
Tempat letak kereta kat sini adalah masalah besar. Dan tempat ini jem teruk bila menjelang petang.
Kalau waktu PKP, beratur nak masuk memanglah bercinta.

Kredit : akatham_mun_seong
Cari Kain Baju?
Kat sini bukan pasar jual kain baju macam pasar malam Jalan TAR, KL atau jual cendermata macam pasar malam Batu Feringghi, Penang.
Kalau adapun, cuma dua tiga gerai baju dan bundle saja yang ada.
Kat sini lebih kepada makanan.
Apa Yang Special Kat Sini ?

Kredit : metatts_
Pasar malam ini hampir sama dengan banyak pasar lain kat Malaysia. Dan apa yg dijual dalam pasar malam Brinchang selalunya ada kat kawasan lain dalam Cameron.
Yang buat pasar malam Brinchang ini hot ada 2 sebab.
Pertama, ini sahaja tarikan malam yang ada kat Cameron. Dan kedua, sebab cuacanya yang sejuk. Jadi kalau makan jagung atau ubi stim panas-panas, mungkin terasa dibawa terbang ke Korea kejap.
Tips Penting
1. Kalau anda dah lama tak ke sini, kami nak beritahu. Pasar malam ini bukan lagi dekat dengan Star Regency Hotel. Ia dah bertukar ke Jalan Golden Hills ya?
2. Nak senang datang? Boleh tempah hotel atau homestay Cameron yang dekat dengan pasar malam.
3. Datang petang, bukan malam. Selalunya dari pukul 6 ke atas, memang susah mencari parking, dan jalan sekitar sini pun jem ya amat.
4. Elakkan beli makanan peniaga Indonesia (macam ayam goreng dll). Selalunya taukeh mereka orang Cina, dan halal atau tidak itu bukan masalah mereka.
Hari Operasi
Jumaat & Sabtu
Waktu Operasi
Dari 5 ptg – 11 malam