PASAR MALAM
Tersejuk Malaysia
Pasar malam Goldenhill ini hampir sama dengan apa yang ada di Kea Farm Cameron.
Bezanya kat pasar malam paling sejuk dalam Malaysia ini, ada makanan goreng-goreng.


BOLEH SINGGAH
Makan Malam
Jadi kalau anda pening mencari menu nak makan malam, jalan-jalan lah di sini. Mungkin ada aiskrim, mee goreng, apam balik atau nasi ayam untuk anda cuba.
Untuk anda yang esoknya nak balik awal pagi, dan tak mahu singgah ke mana-mana dalam perjalanan balik nanti, pasar malam Cameron ini ada buah strawberry dan juga sayur-sayur.
Bolehlah jadi tempat tarikan terakhir yang anda singgah sebelum balik nanti. Tapi harga kat sini, tinggi.
SUSAH PARKING
Datang Awal
Tempat letak kereta kat sini adalah masalah besar. Dan tempat ini jem teruk bila menjelang petang.
Kalau waktu PKP, beratur nak masuk memanglah bercinta.

Tak banyak sangat makanan yg heavy dijual dkt sini. Setakat utk snacking je boleh lahh. Banyak jual barang2 souvenirs je dkt sini (Jagung, Strawberry, Bunga, Fridge Magnet, Keychain, Baju2, Mainan etc)
Tak sarankan utk berlapar then semata2 nak beli makanan di pasar malam. We took 3 rounds just to decided what we gonna have for our dinner. Then just bought nasi goreng + ayam goreng berempah (kedai abang hujung sekali bahagian belakang, dorg sangat baik and makanan pun sedap)
Malam2 kat Cameron takda bynk tmpt bloleh pergi pun. Ok la pasar ni bynk jual makanan n barang2 lebih kurang je. Makanan heavy tak banyak. Kena check ye sebab sini bynk campur2 kedai muslims and non muslims.
Parking RM3 tapi tak terjaga la kawasan asal boleh je. Tak organise langsung.
Bebola ubi tu sedap tapi tak semua sedap ye ada yg liat rasa sakit mulut mengunyah hahha.
Yang lain mcm karipap keropok lekor pun ok makan panas2.
Tak beli apa sgt just amik feel je.
Harga makanan mahal, Nasi Goreng pon dah RM10. Nak mai sini, standby duit banyak2. Kalau takda duit, cuci mata dah la.
Kalau nak datang, datang belah petang. Sebab malam takut makanan dah habis. Kalau taknak hadap jem, tinggal ja kt homestay kawasan sini.
Ok laa not bad. Untuk makan ringan memang nice. Untuk Makanan berat better makan kat kedai or restoran. Air Creamy Strawbery padu. Parking Lot besar dah disediakan oleh MDCH RM3 per entry. Cuma untuk peak season rasanya parking akan jadi tak cukup n crowded.
Banyak pilihan makanan dekat sini Dari segi goreng goreng, makanan basah, buah buahan Dan sayuran cenderehati Dan sebagainya.
Kawasan bersih Dan lokasi strategik. Cuma parking sedikit limited Dan jalan agak sesak untuk sampai kesini.
Barangan jualan pun banyak pilihan, ramai pengunjung. Harga pun okay tidak lah mahal. sesuai datang pada hujung minggu.
Kawasan pun straight forward je takde lot yang tersembunyi. Boleh datang sini terutama pada pengunjung.