Pasar Malam Jalan TAR

Tarikan Percuma

Setiap Sabtu, lorong ini jadi tumpuan untuk anda yang nak rasa suasana pasar malam kotaraya.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 -3 jam
Penting
Setiap Sabtu petang sahaja
Lokasi
Lorong TAR, Kuala Lumpur

SABTU

Pasar Dalam Lorong

Bermula dari pukul 5 petang hingga ke 10 malam, lorong yang dinamakan sempena nama Yang diPertuan Agong Pertama Malaysia ini bertukar wajah dari gedung membeli belah tudung dan kain kepada lorong makanan.

Kat sini anda dapat melihat pelbagai jenis juadah – dari makanan Melayu seperti sate dan ikan bakar hinggalah kepada makanan Barat seperti chicken chop dan pizza dijual oleh lebih 400 penjaja kecil kota ini.

pasar malam jalan tar
Kredit : zetafebianna

MAKANAN

Selain Baju dan Aksesori

Walaupun fokus penjaja di sini adalah makanan, anda juga boleh mendengar dendangan lagu pemuzik buta, membeli aksesori pakaian seperti keronsang dan menempah lukisan potret dari pelukis jalanan sewaktu lawatan ke sini.

Oleh kerana pasar ini kerap sesak dengan pengunjung, jaga poket dan dompet anda.

Parking

Pada setiap Sabtu, tempat letak kereta di sekitar kawasan ini kerap penuh. Jadi datang awal atau gunakan tren RapidKL.

Anda boleh turun di stesen berhampiran (seperti stesen Bandaraya, Masjid Jamek atau stesen Medan Tuanku).

Tarikan Berdekatan

Pasar malam ini dekat dengan banyak tarikan Kuala Lumpur. Selain Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Muzium Tekstil dan KL City Gallery, ia juga tak jauh dari Pasar Seni.

Cumanya tarikan sekitar mudah untuk diakses dengan kaki berbanding kereta.

Teksi? Lupakan saja. Lebih baik anda gunakan Grab atau LRT.

Semasa Ramadan

Lorong ini, kalau tiba bulan Ramadan akan diganti dengan Bazaar Aidilfitri.

Jadi anda akan jumpa pelbagai gerai menjual kelengkapan Raya dan berbuka — dari sampin dan songkok hingga ke agar-agar dan akok.

Pasar malam lorong TAR setiap Sabtu masih berlangung, akan tetapi akan Β dipindahkan ke Jalan TAR.

Pada tahun-tahun sebelum ini (seperti 2023), pada setiap hari Sabtu bulan Ramadan, Jalan TAR ditutup terus kepada trafik untuk membolehkan pasar malam ini beroperasi. Β 

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Pasar Malam Jalan TAR Pasar Malam Jalan TAR
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)