TARIKAN MALAM
Makanan dan Barangan
Pasar malam di Langkawi ini hampir sama dengan apa yang ada kat tempat kita.
Yang bezanya, orang jual rokok berkotak-kotak macam jual underwear, dan harga barang makan murah sedikit kalau dibandingkan dari kedai makan Langkawi.
LAUK PAUK
Ringan & Rare
Apa yang boleh dicari di sini? Yang kami suggest, cari makan malam.
Ada ayam panggang, sate, laksa, keropok lekor, sampailah ke dangai dan apam balik.
Antara makanan rare yang boleh anda cari nanti termasuklah udang lipan goreng tepung dan kerabu bronok.
Parking susah. Jalan jem. Makanan banyak pilihan. Penjual hampir semua friendly. Pergerakan dalam tapak pasar malam lancar walaupun ada yang berhenti membeli.
Banyak pilihan makanan ready to eat, sayur-sayuran, buah-buahan. Ada juga yang menjual pakaian. Ada apam balik crispy sedapp. Kalau mai langkawi cuba la selit masa utk mengunjungi pasar malam ayer hangat ni. Setiap Jumaat malam Sabtu. Sangat disyorkan