TEPI LAUT
Banyak Barang
Dianggap antara pasar malam terbaik di Asia Tenggara, Pasar Malam Sinsuran ini ada tiap-tiap hari.
Nak jamu selera? Boleh. Nak tengok barang pelik etnik Sabah? Pun boleh.
Ia terletak di tepi laut dan di bawah deruan enjin kapal terbang. Jadi pasar ini memang luar biasa.
Kalau sudah ke pasar harian ini, carilah apa saja makanan β dari kuih sagu, belacan dan makanan laut sampailah makanan eksotik.


2 BAHAGIAN
Etnik Filipina
Pasar ini terbahagi kepada dua kawasan. Ruang di sekitar pintu masuk penuh dengan gerai makan. Kawasan ke dua pula dipenuhi barangan basah, dari sayur dan cili kepada kepah dan ikan.
Gaya pasarnya mungkin sama seperti di Semenanjung, cuma suasananya berbeza β tambah-tambah lagi sebab di tepi laut.
Di sini, anda bakal berjumpa ramai pelancong Filipina dan barangan kraf dan hiasan dari mutiara.
Cuma seperti Pasar Filipina, pastikan anda mempunyai ilmu serba sedikit tentang mutiara, takut-takut anda di tipu penjual.
Beli Amplang, ikan bilis mata biru & ikan masin. Harga sangat berbaloi…
Pasar malam ini dijenamakan semula dengan nama ANJUNG KINABALU, Terletak di Sabah Malaysia.
Terdapat pelbagai jualan di sini pada sebelah malam. Pilihan dari hasil tangkapan laut seperti sotong, udang, ikan, ketam, ketam nipah, dan pelbagai pilihan ikan kering serta ikan bilis.
Selain itu terdapat juga barangan kemas dari mutiara laut cuma ketulenan tidak dapat dipastikan.
Boleh juga cari barangan dapur seperti sayuran dan ulaman, cili, belacan, minyak masak, sos dan lain-lain.
Tidak lengkap jika ke Kota Kinabalu jika tidak beli kudapan seperti amplang, kuih cincin dan pelbagai jenis kerepek.
Kalau lapar, boleh makan di sini, ada kuih muih, apam balik, masakan panas, serta pilihan makanan laut segar seperti ikan & sotong bakar.
Harga pula kena rajin buat survey, dan pastikan berbaloi dengan bayaran.