Pasar Payang - tempat shopping menarik di terengganu

Pasar Payang

Nak cenderahati dari Terengganu? Atau cari batik untuk ke ofis? Jom kita ke Pasar Payang

Oleh sebab ia di tepi Sungai Terengganu dan berdekatan dengan Jeti Syahbandar, mencarinya bukanlah satu masalah. Tambahan pula, anda boleh singgah ke sini sebelum atau sesudah menaiki bot ke pulau-pulau di Terengganu.

Apa Ada Di Sini?

Pasar Payang ada 2 tingkat. Di tingkat bawah ada gerai jualan barang basah dan gerai jualan kuih-muih tradisional Terengganu. Bolehlah anda cari keropok dan telur penyu.

Kawasan pasar barangan basah ini agak kotor. Jadi tak perlu pakai baju mahal ya, sebab ini tempat yang ada ayam, daging, ikan dan barangan keperluan harian lain.

Hanya di tingkat atas barulah kawasannya agak bersih.

Batik Pasar Payang di Tingkat Atas

Di bahagian atas anda akan dapat membeli pelbagai jenis barang kraftangan.

Akan tetapi, barangan yang kerap menjadi buruan pelancong ialah batik Pasar Payang. Berbeza dengan batik di tempat lain, batik di sini kata orang, lebih cantik, moden dan sesuai dengan citarasa orang muda.

Selain batik, anda juga boleh layan songket, barang tembaga, batu permata, sutera dan capal di tingkat ini.

Apa Yang Menarik Di Pasar Payang

  1. Ada pelbagai barangan yang murah. Ramai orang luar Terengganu datang ke sini sebab barangnya lebih murah dan masih boleh tawar menawar.
  2. Adanya ‘Payang Walk’. Pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari 5 petang hinggalah 12 tengah malam, ada kawasan gerai-gerai yang dibuka di luar Pasar Payang. Pasar ini bermula dari Pejabat Pos Besar sehingga kawasan letak kereta pasar. Layanlah puas-puas.
  3. Di sini juga ada ruangan bakat. Jadi anda boleh cuba mencanting batik, membuat wau, menganyam tikar atau membuat ukiran.
  4. Adanya keropok lekor istimewa. Kata orang, tidak sah ke sini kalau tidak cuba keropok lekor daripada tepung sagu dan ikan. Jika itu bukan yang anda cari, ada juga pelbagai jenis keropok yang ada dijual di pasar ini — dari keropok lekor hinggalah keropok keping.

Harga Tiket

Percuma

 

Jomjalan