suasana dalam central market kl

Kredit gambar  : ardli9

Pasar Seni

Dulu pasar basah. Sekarang tempat cenderamata -- dari key chain dan loket sampailah ke kain songket.

Selepas Merdeka, bangunan lama dan bersejarah di Kuala Lumpur ini sebenarnya sudah cuba diroboh beberapa kali.

Tapi setelah pelbagai usaha untuk memusnahkannya tidak berjaya, Central Market atau Pasar Seni ini dijenamakan semula.

Sekarang Central Market ini dah dijadikan pusat sehenti tradisi untuk produk seni dari Malaysia dan negara Asean.

Apa Ada Di Central Market

laluan hang kasturi central market

Kredit gambar  : travel_cherry34

Bila sudah di sini, anda boleh shopping pelbagai jenis cenderamata.

Ada kraftangan, barang pewter dan songket hinggalah ke batik dan ukiran kayu Borneo.

Kalau tak mahu membeli, anda juga boleh duduk menonton tarian tradisional secara percuma di pentas luar Central Market. Cuma, anda kena datang pada masa yang sesuai.

Jika anda datang ke sini dengan perut kosong, ada food court di tingkat atas.

Kaki kek boleh ke Secret Recipe, pengunjung bukan Islam boleh santai-santai di Old Town Kopitiam dan mereka yang mahu layan lauk tradisional Melaka boleh cuba masuk ke Restoran Precious.

Tips:

peniaga lukisan pasar seni

Kredit gambar  : cikintan.zaki

  • Harga cenderamata di Pasar Seni selalunya lebih tinggi dari harga pasaran. Jangan lupa tawar-menawar, melainkan anda suka bersedekah dengan orang kedai.
  • Kedai kasut di tingkat bawah (lot G-37) adalah milik anak didik tukang kasut legenda, Datuk Jimmy Choo. Pemiliknya ada dua jenama kasut yang berasaskan batik dan songket.
  • Jalan Petaling cuma 5 minit berjalan kaki dari Central Market. Selalunya sesak pada waktu malam, pasar barangan tiruan ini terkenal dengan jam tangan, kaca mata, minyak wangi dan cakera padat cetak rompak.
  • Muzium Illusion 3D Art ada di sini.
  • Kawasan ini ideal untuk solo traveller menginap disebabkan ia ada 2 stesen LRT yg dekat. Ini antara hotel bajet di kawasan ini dan kawasan lain di KL yang kami suka.

 

Laluan Kasturi

kedai di laluan kasturi central market kl

Kredit gambar  : marsyaraus

  • Lorong Kasturi di tepi Central Market selalunya ada gerai kecil tempat orang luar merasa masakan Malaysia. Lorong ini juga ada gerai-gerai baju, cenderamata dan kraftangan tradisional.
  • Kumpulan Tarian Citrasari selalunya mempersembahkan tarian tradisional Melayu, India atau Cina di pentas Central Market setiap hari Ahad hingga Jumaat pada pukul 9 malam.

3 Tarikan Paling Top Kat KL


JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL

Jomjalan