Pasar Sukawati - tempat shopping best kat bali

Pasar Sukawati

Anda mencari cenderamata? Jika anda berada di Ubud, jangan lepaskan peluang untuk ke Pasar Seni Sukawati di Gianyar -- tempat terbaik untuk mencari pelbagai hasil seni.

Tidak kiralah samada anda mencari barangan kecil seperti gelang tangan dan rantai atau barangan besar seperti lukisan dan ukiran kayu, anda pasti akan berjumpa sesuatu yang menarik hati di sini.

Dan oleh kerana ianya dianggap pasar borong untuk barangan seni, harga di sini juga jauh lebih rendah dari di kawasan lain seperti Kuta atau Seminyak.

Tips Pengunjung

Bersedia untuk tawar menawar. Jangan terkejut kalau diberitahu yang ada pengunjung yang menawarkan harga hingga 90% dari harga yang diberi pekedai.

Datang awal. Lebih awal lebih baik. Sekitar jam 8-10 pagi, para pekedai biasanya baru habis bersembahyang. Mereka percaya jika mereka berjaya menjual pada waktu ini, ia akan membawa tuah sepanjang hari.

Oleh kerana pengangkutan ke sini dan dari sini tidak efisyen, anda dinasihatkan untuk bersedia dengan tempahan pengangkutan pergi balik.

Penjaja jalanan — samada yang kecil ataupun yang tua di sini lebih agresif dari pekedai. Bersedia untuk berkata tidak jika anda tidak mahu membeli.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8pg – 6 ptg (kecuali pada hari Nyepi)

Tiket Masuk

Percuma

Kredit : David Lim, Wasin Waeosri,  Photosbali

Jomjalan