Pasar Terapung Lembang - tempat mesti lawat di  bandung

Pasar Terapung Lembang

Terletak kira-kira 16 km (40 minit) dari pusat bandar Bandung ialah sebuah pasar unik yang dipanggil Floating Market Lembang.

Di sini, anda bakal membeli makanan dan minuman dari puluhan penjaja yang menyediakan santapan ringan dan berat dari perahu mereka. Pasar terapung yang dipenuhi pelbagai perahu beraneka warna dan ragam ini adalah antara peluang untuk anda merasai keenakan masakan masyarakat Bandung di dalam suasana danau.

Jika anda tidak mahu bereksperimen, anda boleh merasa hidangan yang hampir sama seperti di Malaysia seperti otak-otak, pau dan gado-gado dan merasai ais cendol dan aneka minuman dan puding sebagai pencuci mulut.

Di pasar terapung Lembang ini, pengunjung perlu terlebih dahulu menukar wang rupiah kepada bentuk syiling khas di kiosk penukaran untuk digunakan di sini. Tiket masuk yang anda bayar di sini juga boleh ditukar menjadi syiling untuk dibuat membeli minuman atau makanan.

Aktiviti di Floating Market Lembang

Setelah puas menjamu selera, anda boleh memberi makan angsa atau duduk berehat menikmati pemandangan danau dengan dikelilingi bukit-bukit menghijau. Jika anda bernasib baik, anda juga mungkin dapat melihat upacara tradisi masyarakat tempatan seperti upacara Kahwin Air masyarakat Sunda yang menemukan air dari satu mata air ke mata air yang lain. Upacara ini sebagai simbol kesyukuran masyarakat ini kepada Tuhan atas nikmat air yang dilimpahkan kepada mereka.

Jika anda datang dengan anak kecil, mereka juga boleh melakukan beberapa aktiviti lain seperti menangkap ikan di kolam randuk kecil, menaiki perahu kayuh serta memberi makan itik angsa yang dibela di sini.

Harga Tiket:

Rp[currency base=”IDR”]10000[/currency]

Waktu Operasi:

Isnin – Khamis: 8 pg – 5 ptg
Jumaat – Ahad: 8 pg – 8 mlm

Kredit : Tripadvisor, Liandamarta

Jomjalan