Pasar Ubud - tempat shopping menarik di Bali

Pasar Ubud

Tidak sah ke Bali jika tidak pulang dengan cenderamatanya.

Dan antara tempat yang banyak menjual cenderamata Bali dengan harga agak murah — dari kraftangan, lukisan, kain sutera hinggalah ke sabun wangi ialah di Pasar Ubud.

Namun begitu, oleh kerana ianya kerap sesak dan kerana ada kawasan dikhaskan untuk barangan memasak, anda perlu banyak bersabar dengan orang yang ramai dan bau yang bermacam-macam.

Pendek kata, ia hampir sama dengan Pasar Sukawati, cuma bezanya, ia tidak semurah di sana. Anda juga akan dapat melihat barangan harian seperti kelapa, buah dan pelbagai barangan lain yang menjadi tumpuan warga Ubud.

Pendek kata, kalau anda datang ke Bali dan ingin melihat sendiri suasana pasar tradisi orang Bali, datanglah ke Pasar Ubud.

Nota

1. Seperti mana-mana pasar lain di Asia Tenggara, anda boleh tawar menawar di sini.

2. Pasar ini pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Eat, Pray, Love yang dibintangi oleh Julie Roberts.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 4 pg – 6 ptg

Tiket Masuk

Percuma

Kredit : Robert Trombetta, Richard Minton, Sir Goatboy

Jomjalan