Paya Indah Wetlands

Tarikan Percuma

Nak masuk kawasan paya yang selamat untuk keluarga? Ini tempatnya.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1-2 jam
Harga Tiket
Percuma
Jarak Dari KL
55 km / 1 jam
Lokasi
Paya Indah, KM 4, Jalan Dengkil, Banting, 43800 Dengkil, Selangor

TAMAN PERCUMA

450 Hektar

Paya Indah Wetlands ini kawasan taman percuma.

Kawasan ini luas. 450 hektar. Dulunya ia kawasan beberapa lombong bijih dan lombong tanah pasir.

MESRA

Anak Kecil

Sekarang diganti menjadi kawasan paya yang boleh anda dan family explore sama-sama.

Kawasannya pun landai. Tak penat berjalan untuk yang kecil ataupun berusia.

Kalau tak pun, boleh layan dalam ini dengan berkuda.

Aktiviti

Kalau kaki sihat, dan keadaan menara elok, anda boleh naik ke menara tinjau. Boleh tengok pemandangan seluruh kawasannya.

Nak santai, banyak lokasi boleh hampar tikar, lepak piknik layan suasana.

Yang kaki tengok burung boleh bawa teropong untuk cari spesies tempatan dan luar.

Tapi kalau saja nak ronda, anda boleh pusing dengan kereta, masuk ke kawasan jungle trekking atau redah denai kat ini guna basikal saja.

Kat kawasan tasik pun ada kayak untuk disewa.

Unggas

Kat sini ada macam-macam binatang.

Ada kura-kura, landak, bangau dan juga kuda.

Kat tasiknya ada berpuluh buaya liar.

Ada juga 4 ekor badak air yang dibawa dari Afrika.

Jangan risau, sebab binatang yang berbahaya itu ada dalam kawasan berpagar, dan dalam kawasan rendah dari anda.

Untuk makluman, badak air diletakkan sebagai antara haiwan darat paling berbahaya (2 x lebih dari singa), dan ia membunuh sekitar 500 orang manusia setiap tahun.

Safari Tour

Kalau anda betul-betul nak layan kawasan ini, anda boleh ke Paya Indah Discovery Wetlands Center.

Ia ada Safari Tour yang berbayar.

Ranger anda akan bawa anda naik 4WD ke 3 lokasi dalam kawasan Paya Indah ini yang ngam untuk layan dan untuk bergambar.

Untuk cuti sekolah pun ada program khas untuk anak.

Nak tahu lebih, kena rujuk laman rasmi mereka.

Penting

Aktiviti dengan Paya Indah Discovery Center bermula di Gamuda Cove Discovery Park.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Paya Indah Wetlands Paya Indah Wetlands
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)