air pancut perdana park kota kinabalu

Kredit : mohdruzaimi85_rr25

Perdana Park

Nak berjogging malam sambil layan air pancut?

Kawasan Perdana Park di Tanjung Aru ini cukup selesa kalau anda mencari tempat berjogging yang selamat di Kota Kinabalu.

Kawasannya bersih, moden dan sesuai bukan saja untuk anda berlari, tapi juga seronok kalau anda cuma mahu berjalan rehatkan diri.

perdana park tg aru sabah

Kredit : afiq94_as

Ada anak? Tak ada masalah sebab Perdana Park ada tempat mereka bermain.

Kalau nak teruja lagi, datang malam. Bermula pukul 7 malam, layan air pancut Perdana Park. Dari air pancut biasa, ia bakal meliut bertukar mengikut irama lagu dan lampu.

Dekat Dengan Pantai Tanjung Aru

Kalau anda dah lapar, boleh jalan terus ke Pantai Tanjung Aru. Duduk rasa angin laut sambil makan malam. Aih, memang seronok.

Harga Tiket

Letak Kereta : RM 2

Waktu Operasi

6 pg – 10 malam

Nota

Tempat ini bakal sesak bila tiba petang. Jangan terkejut kalau ia penuh dengan kereta.

JomJalan Seluruh Sabah

Senarai tarikan best di Sabah
Hotel terbaik pilihan kami
Layan kedai makan sedap kat Kota Kinabalu
Promo hotel, tarikan Sabah
Jomjalan