Isi Kandungan :
Taman tema ini pada awalnya dijangka dibuka pada 2018. Tapi ditangguhkan dan dijangka dibuka pada pertengahan 2020. Gambar di bawah adalah gambar hiasan apa yg sepatutnya ada nanti.
Taman tema Perdana Quay Eco Marine Park ini dibuat khas untuk orang yang nak merasa berenang dengan ikan, tapi takut nak pergi laut dalam.
Pendek kata, kalau anda tak berani nak ke Pulau Payar, anda boleh ke Perdana Quay Eco Marine Park. Lagipun taman tema ini tak jauh dari Telaga Harbour.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
Taman tema ini tak ada gelongsor air. Apa yang ada kat sini ialah kolam snorkeling, tempat pemuliharaan penyu dan batu karang dan juga tempat anda berenang dengan ikan-ikan seperti jerung dan pari.
Taman ini boleh menerima 3,000 tetamu pada satu-satu masa. Jadi boleh berjemaah masuk kolam dan rasa macam mandi dan snorkeling dalam laut. Bezanya jauh lebih selamat sebab ia taman tema yang ada instruktor. Dan dalam tempat ini, confirm boleh mandi air masin dan nampak ikan.
Kalau anda datang dengan anak kecil, tempat ini juga ada kolam untuk mereka pegang haiwan laut, sama macam kat Aquaria KLCC atau Sealife Johor.
Fasa pertama taman tema Eco Marine ini akan dimulakan dengan kolam-kolam tempat anda menyelam dan main dengan ikan. Dan fasa selanjutnya pula akan menyaksikan tempat ini siap dengan tempat shopping duty free. Kalau ikut perancangan, ia bakal jadi duty free shop yang paling besar dalam Langkawi.
Bila siap nanti, banggalah orang Langkawi. Sebab ini bakal jadi taman tema air masin interaktif pertama kat dalam Asia.
Kawasan Pemuliharaan
Kalau ikutnya, tempat ini juga bakal jadi tempat untuk pemuliharaan penyu leatherback (penyu belimbing) dan batu karang. Selain itu, ia juga punyai kolam komersil untuk menternak sea grape (atau latok dalam Bahasa Melayu) dan kepah.
Perdana Quay Eco Park juga bakal datang lengkap dengan peralatan perubatan untuk haiwan laut yang cedera atau terdampar kat pantai-pantai Langkawi.
Harga Tiket
Belum diketahui