perigi hang li poh di bukit cina melaka

Perigi Hang Li Poh

Perigi bersejarah ini bukan sahaja perigi paling tua dalam Malaysia, tapi juga perigi cinta sultan Melaka.

Perigi Hang Li Poh kat Bukit Cina ini jarang orang Melayu datang. Tapi kalau ada pelancong dari Cina datang ke Melaka, ini antara tempat wajib yang mereka jenguk.

Ada beberapa sebab. Salah satunya mereka percaya yang perigi paling tua dalam Malaysia ini bertuah. Kedua, kata orang juga, siapa yang membaling siling ke dalamnya akan kembali ke Melaka lagi nanti.

Dan yang ketiga, mereka datang sebab ini salah satu sejarah hubungan tanah besar Cina ke Melaka. Dan seronoknya sultan mendapat seorang wanita cantik bernama Hang Li Poh.

Sejarah dan Mitos Hang Li Poh

Perigi ini dikatakan diarah buat oleh Sultan Mansur Shah yang mendapat isteri baru dari Cina, bernama Hang Li Poh. Jadi ia digelar Perigi Raja — yang cinta pada permaisurinya.

Bukit ini dikatakan hadiah mas kahwin sultan kepada isterinya. Dan perigi ini dikorek oleh askar-askar Cina yang mengiringi Hang Li Poh ke Melaka pada 1459.

3 Tarikan Paling Top Kat Melaka

Perigi lebih 550 tahun ini adalah perigi paling penting untuk Melaka satu masa dahulu. Maklumlah, waktu itu sumber air bukan paip macam sekarang.

Apabila Portugis berjaya mengalahkan Melaka, orang Portugis cepat-cepat mengawal perigi ini. Sultan bagaimanapun, meminta bantuan orang Jawa untuk meracun perigi sehingga ramai askar Portugis yang mati.

Apabila Belanda bertempur dengan Portugis, Belanda pula meracun perigi ini. Kemudian Acheh pun ikut meracun.

Jadi apabila Belanda berjaya mengalahkan Portugis, Belanda cepat-cepat membuat binaan dinding batu di sekeliling perigi — tak mahu pisang berbuah banyak kali, kata orang.

Siapa Hang Li Po?

Sampai sekarang, identiti Hang Li Po masih jadi perdebatan. Sebabnya, sejarah dan mitos telah bercampur.

Sejarah ada merakamkan puteri-puteri raja China yang dihantar ke luar negara untuk berkahwin dengan raja empayar luar. Dan setiap seorang yang dihantar untuk itu ada catatan rekodnya.

Masalahnya, tiada catatan kerajaaan Ming di Cina tentang puteri ini. Dan Islamnya puteri ini apabila dia berkahwin adalah sesuatu yang cukup bertentangan dengan budaya orang Cina waktu itu.

Catatan tentang Hang Li Poh hanya ada dalam karya sastera Sejarah Melayu (Tun Seri Lanang), yang mengatakan Hang Li Poh datang dengan 500 gundik sebagai hadiah kerajaan China.

Ahli sejarah mengandaikan yang jika Hang Li Poh wujud, beliau bukanlah seorang puteri. Akan tetapi dia salah seorang gundik kanan raja yang dihantar ke negara/negeri yang kurang penting untuk hubungan dua hala.

Penghantaran sebegini lazimnya tidak direkod oleh Dinasti Ming.

Hubungan Cina dan Melaka

Sebelum datangnya Hang Li Po, Melaka memang telah ada hubungan dengan Cina. Terutamanya dalam mengekang serangan Siam. Ini dilihat pada 1407 di mana Melaka mengadu kepada Cina tentang askar Siam yang bersedia untuk menyerang Melaka.

Cina campur tangan dan menjadi orang tengah dalam konflik tersebut. Siam mengaku bersalah dan Melaka mendapat perlindungan Cina yang menyatakan bahawa Melaka tidak boleh diganggu dari tahun 1409 – 1411.

Parameswara, iaitu sultan Melaka yang pertama juga dikatakan pernah ke Melaka dengan rombongan seramai lebih 500 orang. Ini bukan calang-calang hubungan. Bukan apa, PM kita kalau ke luar negara untuk hubungan dua hala pun tak bawa seramai itu rombongan.

Kawasan Kubur

Disebabkan Sultan menghadiahkan tanah itu kepada orang Cina, kawasan ini hak milik kekal mereka. Tapi sekarang ia dijadikan kawasan kubur dan tokong. Cuma telaga ini masih kekal (di kawasan pintu masuk).

Kalau anda nak ke sini, memang tak ada banyak yang boleh dilihat, kecuali perigi bersejarah ini.

Dan jangan segan kalau anda satu-satunya Melayu yang ada kat situ.

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan