Perkampungan Chetti

Tarikan Percuma

Kalau orang Cina ada Baba Nyonya, orang India pun lucky sebab ada Chetti.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
20 – 30 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Kampung Chetti, Jalan Gajah Berang, Melaka

Add to Cart
chetty melaka main
Perkampungan Chetti
Tarikan Percuma

UNIK

Di Malaysia

Hanya dua tiga kerat kita sahaja yang kenal akan orang Chetti.

Ini diburukkan lagi dengan sistem sekolah berasingan.

Akhirnya kita tak mengenali bangsa Baba Nyonya, Serani dan Chetti yang cukup unik.

perkampungan chetty

SEJARAH

Budaya Istimewa

Bangsa Chetti ini sebenarnya bangsa yang wujud apabila pedagang India berkahwin dengan orang tempatan.

Agama mereka Hindu.

Tapi wanita mereka gemar bersanggul, memakai pakaian seperti Baba Nyonya (kebaya) dengan selitan sapu tangan di bahu, yang lelaki memakai baju Melayu butang lima, berkain sarung dan berkopiah hitam (talapa).

Komuniti Kecil

Keturunan ini bertutur menggunakan Bahasa Melayu, walaupun sesama sendiri.

Ini kerana kebanyakan mereka tidak pandai berbahasa Tamil.

Malah upacara sembahyang di kuil juga ada yang menggunakan Bahasa Melayu.

Kalau anda nak tengok sendiri bangsa Chetti, tak ada tempat lain yang lebih baik dari datang ke Perkampungan Chetti Melaka ini.

Kami sarankan anda datang sebelum pembangunan menelan kampung ini.

Bukan apa, ada banyak usaha untuk menaikkan hotel, kondominium dan tempat letak kereta di kawasan kampung (Lot 93).

Jika bangunan baru berterusan naik, kampung ini nanti bakal lenyap.

Lagipun, jumlah yang menghuni kampung ini tak sampai 260 orang (20 – 30 keluarga).

Suasana Kampung

Selain rumah penduduk, kat sini ada 3 kuil, satu muzium kecil dalam rumah lama (Muzium Chetti).

Dalam muzium ini anda boleh melihat pelbagai jenis kerongsang, kasut bermanik sampailah ke alatan memasak yang mereka gunakan untuk pakaian mereka.

Apapun, jangan terkejut kalau anda terdengar mereka berdondang sayang atau nampak anak mereka bermain congkak.

Ramai juga lebih gemar menonton cerita Melayu dari Tamil.

Chetti vs Chettiar

Sebelum ke sini, anda perlu tahu beza antara Chetti dan Chettiar.

Kalau tak, anda mungkin akan buat mereka kecil hati.

Kalau anda suka menonton filem P Ramlee, anda akan faham yang orang Chetty ini pemberi hutang.

Yang anda tahu, mereka ini pakaiannya putih dari atas ke bawah, dan ke mana-mana dengan payung hitam dikepit di ketiak.

Tapi salah.

Itu bukan Chetty. Itu Chettiar, masyarakat pedagang dan pemberi hutang yang jauh lebih kaya berbanding Chetti.

Orang Chetti walaupun asalnya datang sebagai pedagang, kini lazimnya bekerja makan gaji.

Mereka tidak ada kena mengena dengan aktiviti memberi dan mengutip hutang.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Perkampungan Chetti Perkampungan Chetti
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)