Tarikan Di Sini
Kat sini anda boleh ambil tahu sedikit sebanyak tentang kisah Laksamana Hang Tuah.
Dalam kawasan ini juga ada rumah-rumah Melayu Melaka.
Dan setiap rumah diberi nama sempena nama sahabat seperjuangan Hang Tuah, termasuklah Hang Jebat yang bertempur dengannya akibat fitnah manusia.
Rumah-rumah Melayu ini boleh anda masuki setiap hari (kecuali rumah Hang Jebat dan Kasturi yang ditutup setiap Jumaat).
Dalam kawasan ini juga ada muzium dengan artifak sejarah perkembangan Melaka.
Perigi Hang Tuah
Kalau anda nak tengok perigi Hang Tuah, ia dekat dengan Perkampungan Hang Tuah juga.
Kata orang, perigi ini digali Hang Tuah semasa dia dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Melaka.
Perigi ini dianggap sesetengah orang sebagai keramat.
Dan dikatakan tak pernah kering airnya walaupun Melaka dilanda kemarau.
Ada juga versi yang mengatakan yang perigi ini tidak ada kena mengena langsung dengan Hang Tuah.
Akan tetapi ia sebenarnya perigi yang berβtuah disebabkan airnya banyak membawa tuah untuk orang-orang yang menggunakannya.
Kalau anda nak basuh muka dengan air telaga ini boleh.
Jangan buang sampah dalam telaga sudah (ya! ramai orang Malaysia yang perangai pelik).
Apapun, kami harap ia tak jadi seperti kompleks Sejarah Pasir Salak di Perak yang akhirnya yang hanya ada rumah kayu yang reput tak terjaga.
Bukan apa, Hang Tuah ini lambang kekuatan orang Melayu.
Harap-harap perkampungannya tidak dibiar mereput sama seperti kuasa orang Melayu yang semakin hari semakin punah di tanah air sendiri.
Program
Kalau anda datang dengan rombongan besar, lebih baik hubungi Perzim (Perbadanan Muzium Melaka).
Mereka mungkin boleh aturkan beberapa program untuk anda dan peserta rombongan.
Bukan apa. Perzim pernah mengadakan bengkel ikatan destar dan samping. Kami juga tahu yang kadangkala ada dari aktiviti memanah dan lawatan berpandu dari Perzim sendiri.
Nak hubungi Perzim, boleh telefon 06 -333 3333 atau email kepada admin@perzim.gov.my
Review
Jadi yang pertama beri review