Perkampungan Portugis

Tarikan Percuma

Dipanggil Mini Lisbon, ini tempat anak cucu orang Portugis tinggal kat Melaka

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 20 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Albuquerque, Perkampungan Portugis, Melaka 75100

KAWASAN KAMPUNG

Generasi Portugis

Tempat ini dibuka sekitar 1930an dulu, untuk masyarakat special ini.

Projek untuk mengadakan kawasan khas untuk mereka hampir sama dengan projek Kampung Morten untuk orang Melayu.

perkampungan portugis
perkampungan portugis

UNTUK BUDAYA

Muzium Hidup

Kat sini, tak banyak yang ada untuk anda kalau nak bergambar.

Tapi kalau anda suka sejarah dan nak tengok suasana masyarakat Malaysia yang bangsanya tak ramai memang boleh.

Bangsa Serani

Bangsa campuran orang Portugis dan tempatan Melaka ini dipanggil Serani oleh orang Melayu.

Ada waktu dulu, mereka dipanggil Benggali Putih.

Ada juga yang menggelar bangsa ini sebagai Kristang yang merujuk kepada agama mereka, Kristian.

Lagu tradisi mereka yang paling terkenal (pada kita yang bukan Serani) adalah Jingkli Nona.

Dan antara orang Serani paling terkenal termasuklah Tony Fernandez (Air Asia), isteri bekas PM kita, Tun Abdullah Badawi iaitu Jeanne Danker dan pelakon Hans Isaac.

Orang Serani ini Kristian kebanyakannya.

Jadi kat sini memang ada gereja mereka.

Dan selain Inggeris, mereka ada bahasa mereka sendiri, bahasa Cristao, satu dialek Portugis dulukala.

Aktiviti

Tak banyak yang boleh dibuat kat sini, melainkan datang melihat suasana tempat yang bersejarah.

Waktu terbaik kalau nak ke sini ialah sekitar Krismas.

Sebabnya rumah-rumah yang ada akan dihias (macam orang kita masa nak raya).

Kat sini juga ada sebuah rumah hitam yang dikatakan sama macam rumah Portugis dulu — yang kecil tapi memanjang ke belakang.

Kat kawasan ini juga ada bot-bot nelayan.

Maklumlah, mereka juga ikut jejak datuk nenek mereka dulu yang suka belayar. Bolehlah ambil angin kat kawasan ini.

Dan sebab mereka juga lebih senang dengan makanan laut, kat sini juga ada kawasan khas untuk makan seafood.

Tapi kami tak sarankan singgah.

Rasanya biasa-biasa sahaja, dan tak berbaloi dengan perangai pelayan-pelayannya yang suka mendesak.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Perkampungan Portugis Perkampungan Portugis
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)