Kawasan pamerannya lebih daripada 70,000 kaki persegi. Jadi Petrosains ini bukan saja muzium interaktif untuk kanak-kanak paling canggih, tapi juga paling besar dan paling hebat di negara ini.
Dan kalau dah datang KLCC dengan anak-anak tapi tak beri mereka masuk ke sini, memanglah rugi. Sebabnya mereka boleh layan hampir semua barang yang ada kat sini.

Kredit: ekaterina_khlebova
Kat muzium ini, anak anda boleh pegang, sentuh dan main kebanyakan bahan pameran. Dari tempat kendalian pelantar minyak, simulator helikopter sampailah duduk di dalam kokpit kereta perlumbaan Formula 1. Semuanya anda boleh buat di bawah satu bumbung.
Satu masa dulu, ada patung dinasor T-Rex yang menyanyi di Petrosains ini. Tak tahulah kalau masih ada lagi sekarang ini.

Kredit gambar : moongnana
Tips Pada Anda
- Pintu masuk Petrosains ialah di Aras 4, Pusat Beli Belah Suria KLCC.
- Anda boleh menempah tiket anda terlebih dahulu.
- Elakkan lawatan pada musim cuti sekolah. Menunggu dalam barisan untuk ke dalam dan keluar dari Petrosains boleh mengambil masa satu jam.
- Walaupun pintu masuknya kelihatan kecil, ruangan dalam Petrosains luas. Dan banyak model interaktif untuk si kecil anda teroka. Jangan masuk dengan perut kosong, dan hanya lawati jika anda dan anak-anak anda mempunyai lebih dari 2 jam untuk diluangkan.
- Jangan lupa ke Aquaria atau naik Skybridge juga sebab ia tak jauh dari sini.
- Kalau anak nak melompat dan bergerak cergas, alternatif lain ialah kat Taman KLCC atau di Superpark di Avenue K seberang jalan dari KLCC.

Kredit gambar : emy_chachacha
Harga Tiket Petrosains
Kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah: Percuma
Harga Tiket Walk-In | Kanak-Kanak (RM) | Dewasa (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 7.50 | 18.50 |
Pelancong Asing | 16.50 | 28.00 |
Beli Tiket Murah Petrosains | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 26 July 2022 |
Hotel Best Sekitar Petrosains
Kategori Hotel | Tempah Hotel | |
---|---|---|
Mandarin Oriental | Booking | Agoda |
Hotel Traders | Booking | Agoda |
Hotel Impiana | Booking | Agoda |
Hotel Pullman KLCC | Booking | Agoda |
Hotel Ibis KLCC | Booking | Agoda |
PNB Perdana | Booking | Agoda |
The Zon All Suites | Booking | Agoda |
Le Apple Boutique | Booking | Agoda |
Senarai penuh hotel-hotel paling dekat dengan Aquaria & KLCC dan yg ada view KLCC. |