Plane in The City

RM259.00

Tercari-cari tempat makan romantik dan mewah kat KL? Apa kata makan dalam kapal terbang dengan yang tersayang kat Bukit Bintang?

Anggaran Masa Utk Aktiviti
45 min
Penting
Tarikan ini telah ditutup pada 2021. Maklumat di bawah hanya untuk tujuan rujukan sahaja. Kami dapati hingga 26 Julai 2022, laman webnya tidak dapat meneruskan tempahan setelah email pengguna untuk tempahan dimasukkan.
Harga Tiket
Tiket bermula dari RM 259
Lokasi
231, Jln Bukit Bintang, Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Ditutup sementara / kekal

UNIK

Makan Dalam Pesawat

Plane in the City ini tempat makan eksklusif dalam kapal terbang Boeing 737 sebenar yang diletak dalam bandar Kuala Lumpur.

Dalam kapal terbang ini, tempat duduk penumpangnya sudah dicabut.

Dan diganti dengan kerusi menghadap dan meja makan yang dihias ringkas untuk anda makan dengan pasangan anda.

plane in the city

plane in the city

SPOT BERGAMBAR

Kokpit hingga Sayap

Plane in The City ini bukan sekadar makan-makan dalam kapal terbang.

Tapi ia sebenarnya 3 dalam 1.

Selain makan hidangan mewah, anda boleh masuk melawat cockpit pilot dan merasa duduk di kerusinya, dan juga anda diberi peluang keluar dari kapal terbang dan berjalan kat atas sayapnya.

Kalau nak bergambar boleh sangat sebab topi pilot ada di cockpit untuk anda pinjam sementara.

Tiket Plane in The City

Harga Tiket Online

Harga Tiket Dewasa (RM)
Economy Class259
Business Class499
First Class999

 

Jenis Tiket

Kat sini ada 3 class yang boleh anda pilih.

Bezanya, class yang lagi mahal akan bolehkan anda rasa tambahan nikmat dunia β€” macam kaviar, udang galah dan anda diberi masuk awal dari orang lain.

Class paling tinggi juga datang dengan 1 malam penginapan + makan pagi di hotel 5 bintang Le Meridien KL.

Status Halal

Konsep Plane in the City sama macam Dinner in The Sky. Mereka tak sediakan makanan tapi ia ditempah dari hotel 5 bintang.

Untuk Plane in The City, makanannya dibawa terus dari hotel Le Meridien Kuala Lumpur. Menurut penganjur, dagingnya halal.

Tapi sama macam Dinner in The Sky, sebab tempat ini menyediakan alkohol, tak mungkin ia dapat sijil halal JAKIM, walaupun makanannya diambil dari hotel tersebut.

Tips Pelawat

  • Anda wajib pilih sekurang-kurangnya 2 seat untuk Plane in The City.
  • Tiada tandas di dalam kapal terbang.
  • Kalau anda nak makan di sini sebab honeymoon atau aniversary, kami sarankan anda menginap di mana-mana hotel best kat KL untuk bulan madu. Baru lengkap hari istimewa anda di sini.
  • Pilihan kedua ialah dengan menginap di hotel bagus di Bukit Bintang sahaja.

Waktu Operasi

Hari Biasa : 6 ptg, 8 mlm
Hujung Minggu : 6 ptg, 8 mlm , 10 mlm

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Plane in The City Plane in The City
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)