bilik pnb perdana twin

PNB Perdana Hotel & Suites

PNB Perdana ini satu lagi apartmen yang sesuai untuk keluarga yang mahu tempat selesa berdekatan KLCC.

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur ini adalah sebuah pangsapuri servis bertaraf 4 bintang. Letaknya dalam jarak jalan kaki ke KLCC Kuala Lumpur.

Dari suite 1-bilik tidur yang luas hinggalah ke penginapan 4-bilik tidur yang eksklusif, semua suite di sini ada  dapur kecil, ruang tamu, ruang makan serta stesen kerja.

Untuk menjamu selera, PNB Perdana ada dua restoran yang menawarkan hidangan tempatan dan antarabangsa.

Kalau anda mahu tempat untuk exercise, apartmen servis ini juga ada kolam renang, gelanggang tenis, gelanggang skuasy dan gimnasium.

pnb perdana pintu masuk apartmen 1 bilik pnb perdana kl bilik pnb perdana twin

Anugerah Dimenangi

  • Penginapan Servis Terbaik (2010-2012) – Hospitality Asia Platinum Awards
  • Restoran Terbaik Malaysia (2009) oleh Malaysia Tatler

Ulasan PNB Perdana KLCC

Yang Baik

  • Dekat dengan 2 stesen keretapi RapidKL – Ampang Park dan KLCC
  • Bilik luas — ideal untuk keluarga atau penyewa jangka masa sederhana.
  • Ada shuttle ke kawasan mall atau tarikan berdekatan.
  • Ada pilihan apartmen 2 bilik ke atas.
  • Dapur cukup dengan kelengkapan.
  • Dekat dengan bank dan pusat membeli-belah.
  • Tempat letak kereta berbumbung.

Yang Buruk

  • Tatahias bilik tidak moden/ terkini.
  • Meja terhad sewaktu sarapan.

Dalam Hotel

  • Kunci pintu berkomputer
  • Kamera pengawasan TV litar tertutup
  • Kawalan keselamatan 24 jam
  • Pengemasan harian
  • Dobi layan-diri
  • Kedai serbaneka.

Pengangkutan Awam Berhampiran

  • Stesen Ampang Park RapidKL (600 m) 7 minit berjalan kaki
  • Stesen KLCC RapidKL (1km) 12 minit berjalan kaki

Tarikan Berhampiran

Harga Bilik

Dari RM 290

Booking.comLihat Harga di Booking
Agoda.comLihat Harga di Agoda    

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan