Pulau Aur

RM500.00

Nak rasa duduk pulau cantik macam Castaway? Ajak member datang sini bang

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 malam ++
Harga Tiket
Trip bermula dari RM 500/pax
Lokasi
Pulau Aur, Mersing, Johor

HIDUP PULAU

Gaya Lama

Pulau Aur kat Mersing ini sebenarnya kumpulan 3 pulau.

Dan bila kat sini, memang boleh bersihkan kepala dari segala masalah ofis, masalah universiti semua.

Sebabnya elektrik kat sini cuma ada bila siang sahaja. Bar telefon hampir tak ada apalagi Wifi?

Jarak nak ke sini dalam 2 jam 30 minit naik bot dari jeti Mersing.

Dan chalet yang ada kat sini jenis ala homestay kampung.

Tak ada aircond. Ada kipas sahaja.

pulau aur

pulau aur

TENANG

Pulau Nelayan

Tapi apa yang anda dapat, ialah kembali ke zaman semuanya simple-simple belaka.

Nak mandi, nak snorkeling kat laut yang serba biru semuanya dua tiga tapak dari gigi air sahaja. Pendek kata, ini tempat untuk anda yang betul-betul nak cari damai masa cuti.

Dan sebab jaraknya yang jauh dari tanah besar semenanjung, pulau ini dikatakan antara pulau tropika paling dara di antara yang ada.

Dan tak macam Redang atau Tioman, pulau ini memang kurang pelancong dalam atau luar negeri.

Aktiviti

Kat sini ada kampung nelayan kecil. Dan beberapa tempat menginap untuk pelancong yang dibuat oleh penduduk kawasan pulau ini juga.

Tapi jangan kalut. Pulau ini ada sekolah, balai polis semua juga kat Kampung Teluk Sakinah.

Tapi saiznya tak macam yang biasa anda jumpalah ya.

Snorkeling
Kat pulau ini anda memang boleh snorkeling puas-puas.

Sebabnya pulau Aur ini adalah kumpulan 3 pulau โ€“ Pulau Dayang dengan Pulau Lang kat utara dan Pulau Pinang kat selatan.

Nak snorkeling tepi laut boleh, nak naik bot pergi pulau lain pun boleh.

Jungle Trekking
Dan kalau nak tengok panorama laut, selalunya orang akan panjat kawasan ke Letak Semalu kat Pulau Dayang.

Jangan risau sebab guide akan teman anda dalam pendakian 40 minit ini.

Jarak

Pulau Aur ini adalah pulau paling jauh dari tanah besar Malaysia.

Jaraknya dalam 70km. Jadi banyak bersabar menunggu nak nampak darat bila dah naik dalam bot.

Bawa minyak angin. Kalau tak biasa, trip ini bakal mengeluarkan isi perut dan buat pening kepala.

Tips Pelawat

  • Disebabkan jaraknya, tak berbaloi kalau bot datang nak ambil anda seorang. Selalunya ada minimum pax yang diperlukan untuk booking. Ada yang akan terima anda kalau anda datang 4 orang ke atas, ada yang perlu 10.
  • Hanya bawa balik memori. Jangan bawa balik batu karang, tapak sulaiman atau apa-apa yang anda jumpa, walaupun di tepi pantai.
  • Kawasan ini adalah kawasan Taman Laut Sultan Iskandar yang memang dipelihara (Marine Park). Kalau kantoi, boleh kena denda RM 5000.

Sejarah

Walaupun penduduk yang ada dalam pulau ini kebanyakannya nelayan, dan pulau ini nampak aman damai, sebenar zaman dulu, tempat ini kawasan askar berperang.

Dikatakan inilah perairan tempat askar Perancis dan England berperang dalam 100 tahun dulu.

Dan dalam kawasan laut ini jugalah dikatakan banyak kapal karam yang masih menyimpan harta dalam perutnya.

Pakej

Nak ke sini?

Bersedia untuk keluarkan dalam RM 500++ seorang.

Antara tempat yang boleh anda tempah pakej ke sini termasuklah kat Sebukang Bay Resort. Boleh tanya lebih lanjut dengan mereka.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Pulau Aur Pulau Aur
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)