Pulau Jerejak

RM22.00

Jom lepak kat Jerejak — layan laut, bergambar puas-puas dan tengok pulau penuh sejarah ini dekat-dekat.

Penting
Melalui post di FB rasmi, kami dimaklumkan yg Jerejak Resort telah ditutup secara kekal mulai 21 Oktober 2021
Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Harga Tiket
Harga tiket feri pergi balik ke Pulau Jerejak bermula dari RM 22 dewasa dan RM 18 kanak-kanak
Lokasi
Pulau Jerejak, Pulau Pinang

Ditutup sementara / kekal

DIPULIHARA

Utk Port OOTD

Dulu sunyi. Tapi sekarang kawasan Pulau Jerejak dah warna-warni khas untuk anda bergambar penuhkan wall IG dengan gambar cuti.

Sampai-sampai saja dengan bot, dah terjumpa dengan jeti warna pelangi.

Mula dari di jeti dah boleh bergambar. Tapi tunggulah orang dah selesai turun semua.

Beberapa tapak tak jauh dari sini, ada dinding pun warna macam-macam yang orang suka bergambar juga.

pulau jerejak
Kredit : ig.penang

pulau jerejak
Kredit : rlynnahmad

PELBAGAI LOKASI

Sampai Malam

Kat tepi laut pula ada Stairway to Heaven, yang banyak ada kat tempat macam Indonesia dan Thailand.

Kalau tak berani naik tangga, naik buai yang memang dibuat sepasang.

Nak bergambar boleh, nak beromantik layan bayu laut dengan hubby pun best.

Macam kat Kampung Agong, kat Pulau Jerejak ini pun ada lebih kurang 15 tempat bergambar yang ada. Cuma kena rajin tunggu giliran saja.

Kalau datang tengahari panas, boleh lari bergambar kat pokok-pokok. Ada tempat duduk ala sarang burung untuk anda rehat dan santai tenang-tenang.

Bila malam tempat pula, kawasan ini bercahaya ala kat ICity. Ada lampu-lampu LED kat pokok, untuk anda dan pasangan berjalan ambil angin sebelum tunggu feri di jeti.

Tiket Pulau Jerejak

Harga Tiket Feri

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Feri Pergi Balik2218
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 21 Sep 2021

Cara Ke Sini

Nak ke sini dari Penang cuma 10 minit sahaja. Anda akan naik feri. Tapi bila sebut feri, ini bukan feri biasa Penang yang angkut kereta dan orang tu. Ini boat besar bang.

Lokasi Jeti Feri

Di Jeti Pulau Jerejak Tak jauh dari Queensbay Mall.

Kekerapan Feri

Setiap 1 jam

Aktiviti

Pulau ini tak terhad untuk bergambar sahaja. Nak pusing kawasan pulau dengan basikal pun boleh.

Sewa ikut jam, dan ronda pulau puas-puas — dari kawasan untuk OOTD sampailah masuk kawasan hutannya yang semulajadi.

Bila dah cerita fasal hutan, tak sah kalau tak lalu jambatan gantung kan? Kat Jerejak pun ada kalau nak cuba.

Untuk yang datang berkumpulan, dan memang nak teroka dan ambil tahu sejarah pulau, boleh join aktiviti jungle trekking kat sini.

Aktiviti ini kena tempah di reception resort ini, dan harganya dalam RM 20 seorang.

Untuk yang ikut jungle trekking ini, memang boleh tengok penjara British dan juga hospital kusta yang tak ramai dapat tengok.

Kalau nak berkayak pun boleh, kalau tak kisah balik cuti muka pedih.

Kami dapat tahu yang aktiviti kat Pulau Jerejak bakal ditambah. Flying fox dan lain-lain sedang dalam perancangan.

Rancangan

Sebenarnya sebelum Covid-19 melanda, memang ada ura-ura nak buat jambatan dari Pulau Pinang terus ke Pulau Jerejak.

Taman tema pun sebenarnya nak dibuat kat sini. Tapi semua sekarang kena tangguh atau rancangannya terhenti.

Nak Tidur kat Sini?

Boleh. Bilik di Jerejak Island Resort kat sini tak semahal bilik hotel di kawasan pulau lain kat Malaysia.

Tak sampai RM 200 selalunya. Kalau anda tidur kat sini, memang kena naik bot di jeti Pulau Jerejak juga. Parking percuma.

Sejarah

Pulau Jerejak ini banyak sejarahnya.

Asalnya dulu, ia tempat penjajah British menapis imigran yang nak masuk ke Penang. Dan kalau tak sihat, mereka dikuarantin kat pulau ini. Pusat kuarantin yang dibina pada 1910 masih ada sampai sekarang.

Dikatakan lebih 1 juta orang pernah dikuarantin dalam pulau ini sebelum dibenarkan masuk ke Penang. Ini termasuklah orang yang balik dari haji satu masa dulu.

Pulau Kuarantin Penyakit

Selepas itu Pulau Jerejak bertukar mejadi tempat penghidap kusta Malaysia. Mereka dikuarantin di kawasan Timur pulau ini supaya penyakit yang disebabkan bakteria ini tidak berjangkit dengan penduduk Penang.

Penawar kusta hanya dijumpai sekitar 1940an.

Sebelum Merdeka pula, tempat ini dijadikan juga tempat kuarantin pesakit TB. Ini adalah waktu di mana antibiotik belum wujud. Mereka tinggal di sebelah selatan pulau.

Penjara Penjenayah Berbahaya

Dan terakhir, tempat ini pernah jadi Alcatraz Malaysia. Penjara dalam pulau ini khas untuk penjenayah paling berbahaya (jenayah atau politik).

Mereka yang ditahan semasa rusuhan kaum 13 Mei pun ditahan dalam pulau ini. Tapi penjara ini ditutup selepas satu rusuhan terjadi di penjara ini pada 1981.

Semua penjenayah di hantar ke penjara-penjara seluruh Malaysia. Dengan sejarah yang panjang, tak hairanlah orang Penang sendiri banyak cerita kurang manis tentang pulau ini.

Ada Resort Selepas Itu

Resort Pulau Jerejak yang ada kat dalam pulau ini pun sebenarnya sudah lama ditutup.

Tapi sekarang dengan tarikan instagram yang ada, tempat ini tak sunyi macam dulu lagi.

Sekarang ramai yang datang untuk bergambar dan lepak untuk daytrip, menjadikan ianya bukan lagi tempat pesakit kusta, tapi mereka yang nak penuhkah insta.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Pulau Jerejak Pulau Jerejak
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)