Cara ke Sini
Cara ke pulau Kapalai hampir sama macam pergi ke pulau Sipadan atau Mabul.
Airport terdekat ialah di Tawau. Anda boleh terbang ke sini dari Kuala Lumpur (3 jam) ataupun Kota Kinabalu (1 jam).
Bila dah sampai di Airport Tawau, anda perlu pergi ke bandar Semporna dengan teksi atau minivan ( 2 jam).
Dari jeti Semporna, perjalanan ke Kapalai mengambil masa 40 minit dengan bot laju.
Trip Snorkeling
Kalau anda setakat nak merasa ber snorkeling di Kapalai, dan tak mahu menginap, boleh juga.
Anda boleh ambil trip snorkeling dari jeti Sempoerna dan balik hari.
Selalunya anda akan diberi peluang ber snorkeling di Kapalai dan juga Mabul.
Pulau Berhampiran
Pulau ini dekat dengan Sipadan dan Mabul. Untuk penyelam, anda boleh menyelam kat sana dan menginap kat sini.
Penginapan
Kalau anda nak tinggal di sini, anda hanya boleh tidur di resort mewah Sipadan Kapalai Dive Resort.
Resort yang nampak unik ini, selalunya dikunjungi oleh mereka yang berbulan madu dan memang suka laut.
Selain menyelam anda juga boleh layan kayak di kawasan pulau, ataupun duduk di varendah bilik dan enjoy pemandangan laut kat 50 water bungalow mereka.
Disebabkan ia resort mewah, mereka yang nak memanjakan diri juga boleh layan spa.
Review
Jadi yang pertama beri review