PORT ASKAR
Buatan Manusia
Pulau layang-layang ini adalah pulau buatan manusia.
Satu masa dulu ia dibuat untuk Pasukan Khas Tentera Laut Malaysia (Paskal).
Dan lokasinya cukup jauh daripada Kota Kinabalu. Berapa jauh? 300 kilometer dari bandar ini.
SELAMAN
Taraf Dunia
Disebabkan lokasinya cukup terpencil, pulau eksotik ini ada terumbu karang dan ikan-ikan yang sukar dijumpai di kawasan pulau berhampiran Kota Kinabalu.
Disebabkan lokasi ini jugalah ianya tidak popular di kalangan orang biasa, tapi terkenal di kalangan kaki selam antarabangsa sebagai antara tempat menyelam terbaik dunia.
Di dalam pulau ini tidak ada benda lain yang akan anda buat kecuali menyelam menyelam dan menyelam.