Pakej Pulau Mabul

RM195.00

(4 review)

Nak snorkeling sambil snap gambar bawah air? Ini antara tempat terbaik kat Sabah.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
8 jam
Harga Tiket
Harga trip snorkeling bermula dari RM 195/pax
Jarak Dari Jeti Sempoerna
35 – 45 min dengan bot
Lokasi
Pulau Mabul, Sempoerna Sabah

Add to Cart
pemandangan senja di mabul island bajau laut
Pakej Pulau Mabul
RM195.00

HAIWAN AKUATIK

Taraf Dunia

Kalau Sipadan terkenal dengan jumlah ikan dan hidupan laut yang cukup banyak, Mabul pula terkenal kerana ia ada haiwan akuatik halus-halus yang cukup banyak di perairannya.

Ada yang kata, kalau nak tengok ikan dan haiwan halus dalam laut, kawasan Mabul ini antara terbaik yang ada kat dunia.

antara ikan yg boleh dilihat sewaktu snorkeling di pulau mabul sempoerna sabah

diver sedang melihat penyu sewaktu snorkeling di pulau mabul

MUCK DIVING

Dan Fotografi

Jadi untuk orang yang suka fotografi bawah laut, Mabul ini dianggap antara syurga kat Malaysia.

Ada juga penyelam yang skip Sipadan kalau mereka datang khas untuk ambil gambar macro bawah laut.

Pada mereka untuk ini cukup hanya layan kawasan dalam laut Mabul.

Untuk muck diving (snorkeling di kawasan berkeladak yang banyak makhluk makro), Mabul dianggap setaraf Bali dan Raja Ampat di Indonesia atau Nelson Bay di Australia.

Pakej Pulau Mabul

Pakej Promo

Tiket Promo Online
Potongan Harga
0%Tempah

Harga Pakej

Harga Pakej (RM)DewasaKanak2
Snorkelling di Mabul + Kapalai195195
Nota : Pickup untuk tour di atas bermula di jeti Sempoerna
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2025

Cara ke Mabul

Untuk mereka yang di Semenanjung, anda kena faham yang negeri Sabah ini besar.

Dan kalau anda ingin ke pulau ini terus dari Semenanjung, airport terdekat dengan pulau Mabul adalah airport Tawau.

Jadi sila pilih untuk turun di airport Tawau, dan bukannya airport Kota Kinabalu.

Tawau ke Sempoerna

Selepas tiba di airport Tawau, anda perlu ke jeti Sempoerna.

Jarak antara kedua tempat ini adalah 85km / 1 jam 30 min.

Jeti Sempoerna ke Pulau Mabul

Ini adalah jeti untuk anda ambil speed boat ke pulau Mabul. Tempoh perjalanan dengan bot ialah sekitar 45 min.

Jika cuaca baik, kebiasaannya ada 3 boat trip yang boleh dipilih (9.30 pg, 1.30 ptg and 4.30 ptg).

Sila berhubung dengan penyedia pakej anda untuk makluman paling tepat/terkini.

Kota Kinabalu ke Tawau

Untuk anda yang sekarang berada di Kota Kinabalu, anda boleh pilih untuk menaiki bas atau kapal terbang ke bandar Tawau.

Kalau dengan kenderaan darat, jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke pekan Tawau adalah sekitar 450-550km bergantung kepada jalan yang dipilih.

Perjalanan darat antara dua bandar ini mengambil masa sekitar 7 – 9 jam.

Ada Penghuni

Mabul tak besar dan anda boleh pusing keliling pulau ini dengan kaki. Lagipun tempat ini tak ada motor atau kereta, sebab ia tak ada jalan raya.

Berbeza dari Pulau Sipadan, Pulau Mabul ini ada 2 kampung. Ada dalam 2000 orang Bajau dan Suluk yang hidup nomad kat sini.

Dan separuh dari jumlah ini sebenarnya anak-anak bawah 14 tahun. Oleh sebab ini jangan terkejut kalau mereka kerap datang ke resort anda menjual ketam, minta duit atau bergerak dengan sampan merata-rata.

Dan sebab kawasan pulau ini ada penghuni, jangan terkejut kalau air kat pulau ini ada sampah bertaburan pada waktu pagi.

Penginapan

pulau mabul

Disebabkan Sipadan dah ditutup untuk resort, operator-operator diving akhirnya tukar lokasi resort mereka ke Mabul.

Kat sini ada 3 jenis penginapan yang boleh anda pilih. Bajet, medium dan mewah.

Ada yang di pulau, dan ada juga yang dibuat atas platform kayu atau laut.

Apa-apapun, kami sarankan anda ambil penginapan medium ke atas (seperti Sipadan Mabul Resort).

Disebabkan kos anda disini siap dengan makan minum sepanjang hari, dengan membayar bilik bajet bawah RM 100, amat sukar untuk anda dapat bilik yang baik.

Penginapan bajet di Mabul selalunya menghampakan atau mengerikan.

Dan banyak penginapan bajet Mabul yang cantik di FB tapi buat anda nak balik bila anda langkah kaki.

Penginapan Bajet vs Mewah

Penginapan bajet di sini biasanya berkeadaan ala kadar.

Elektrik untuk penginapan bajet juga hanya ada pada waktu tertentu sahaja. Penginapan medium di Mabul bertaraf hotel 2 – 3 bintang, dan penginapan mewah (macam Sipadan Water Village atau Mabul Water Bungalow ) ada bekalan elektrik berterusan untuk satu hari.

Kalau anda datang untuk honeymoon kami amat sarankan untuk pilih penginapan betul-betul.

Mahal, tapi sekurang-kurangnya ia tak jadi mimpi ngeri, sebab anda mungkin datang hanya sekali.

Penting

Untuk mereka yang menyelam/ scuba diving di Mabul, dan menaiki kapal terbang untuk pulang, ingin kami ingin beri peringatan.

Seperti yang anda tahu, anda perlukan masa rehat dalam 12 – 24 jam selepas selaman anda sebelum menaiki flight pulang.  

4 review utk Pakej Pulau Mabul

4.3
Berdasarkan 4 review
5 bintang
75
75%
4 bintang
0%
3 bintang
0%
2 bintang
25
25%
1 bintang
0%
1-4 dari 4 review
  1. Kami tinggal di pondok terapung selama 7 hari. Saya ke sini untuk menyelam di Sipadan.

    Saya dapat melihat banyak ikan🐠 dari balkoni bilik saya. Terdapat juga penyu. Sarapan dan makan malam juga dihidangkan di ruang makan, dalam gaya bufet. memang sedap. Kakitangan juga baik dan senyum! ️Ia adalah tempat yang sesuai untuk berehat🐌💨💨😌💓 …

    (0) (0)
  2. Baik, baik, pantai berpasir putih yang cantik.

    (0) (0)
  3. Tak nak balik 🥺

    Boleh follow IG: @isthatalifbata untuk lebih gambar 🤣
    Yang pasti MABUL cantik gila.

    Kena bayar RM30 untuk entrance fee masuk Mabul Water Bungalow Resort. Resort ni menjalar dari atas laut ke atas darat. Cantik.

    Kalau nak paling best, ambil trip dengan WINDIA. Terbaik!

    (0) (0)
  4. Pulau Mabul .

    Ini perjalanan aku , Aku pergi ke Pulau Mabul sehari je , tak duduk sana , Aku dari Tawau, Dari Tawau ke Semporna mengambil masa dalam 50 Minit , Then lepas tu dah sampai semporna ade agent yang akan ambik/bgaitau bot kita yang mana satu.

    Satu bot boleh muat bawa 12 org dewasa , kalauada kanak kanak max dorang boleh bawak 14 orang, kalau bawak lebih maybe dorang kena saman kot ,, So masa nak pergi confirm korang eksaited, nampak air jernih , belum apa-apa mesti korang ambik gambar je keje ,

    okay perjalanan dari semporna ke Pualau mabul dalam 45 – 1 jam kott , aku tak ingat sangat sebab masa pegi rasa kejap, masa balik rasa lama,
    benda ni bergantung jugak kot ada org request berhenti tengah laut nak ambik gambar ke , kat tengah pun ade rumah , aku pun pelik macam aman boleh ade rumah , ahahahaha ,

    Air dia takyah cite lah , jernih sejernihnya , otw ke Mabul tu kau akan nmpak laut yang sama tapi warna yang berbeza. MasyaAllah, Subhanallah. Terkedu aku dengan apa yang Allah hadiahkan kepada kita manusia ini. Cantik sangat . sampai tak terucap.

    Dah sampai Pulau mobul , kat situ ade resort untuk korang bermalam , hargakorang survey sendiri , bagio yang tak tidur malam kat sana korang boleh naik area resort tu , tapi kene bayar la , kat situ korang boleh snorkelling , datang nak makan makan pun boleh , yang penting bawak bekal sendiri la , ada kedai kat situ , tapi korng faham faham la. asiskrim cornetto RM15 beb, pEHH , MAHAL GILA , terkedu aku ,

    kalau kat darat boleh dapat 5 . Okay itu jela . Ade lagi nak sambung tapi malas . Okay bye .

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Pakej Pulau Mabul Pakej Pulau Mabul
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)