Isi Kandungan :
Terletak kira-kira 30 minit dari Kota Kinabalu, pulau yang termasuk dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman ini ada pantai putih yang cukup panjang – iaitu 1.5 km ketika air surut.
Kalau anda baru tiba ke sini, anda pasti terpesona dengan air laut yang cukup jernih jika dibandingkan dengan air laut yang keruh di pantai Semenanjung. Namun begitu, ia sebenarnya tidak sehebat beberapa pulau lain yang ada di Taman Laut ini.

Kredit : mdnw1h
Aktiviti Di Pulau Manukan
Di sini anda boleh mandi-manda dan bermain-main dengan pelbagai jenis ikan yang cukup rajin bermain di pesisir pantai.

Kredit: edjunaidi
Kalau anda nak bermalam, anda boleh menginap di Manukan Island resort. Resort ini lengkap dengan kolam renang, restoran dan juga gelanggang tennis.
Cara ke Manukan
Anda boleh beli tiket untuk naik bot ke Pulau Manukan melalui jeti Jesselton Point.
Harga Tiket ke Pulau Manukan
Anda perlu bayar beberapa fee untuk ke sini :-
Harga Tiket Bot Pergi Balik | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
1 Pulau | 23 | 18 |
Tiket Masuk Pulau | 3 | 3 |
Yuran Terminal | 7.63 | 3.82 |
Beli Pakej ke Taman Laut Ini | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2022 |
Tentang Yuran Pulau
Yuran pulau & yuran jetty hanya dibayar sekali jika anda ke pulau-pulau lain juga. Untuk lebih jimat, ambil trip bot ke 2-3 pulau sekaligus. Rujuk panduan ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman
Sampah Sarap di Manukan ?

Kredit: ndrewfcs91
Kalau anda sampai awal, anda mungkin jumpa sampah-sarap dalam air laut pulau ini. Sayangnya ianya datang dari pengunjung pulau yang tidak berhemah.
Namun begitu, berita baiknya ialah memang ada pembersih pantai di Manukan. Jadi anda mungkin perlu tunggu sebentar di tepi pantai sementara menunggu sampah-sarap ini dibersihkan.