Pulau Mataking

RM210.00

(3 review)

Jom menyelam puas-puas dengan isterimu kat pulau Mataking yang ada penyu dan air membiru.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
8 jam
Harga Tiket
Harga trip snorkeling bermula dari RM 210/pax
Jarak Dari Jeti Sempoerna
45-60 min dengan bot
Lokasi
Pulau Mataking, Sempoerna Sabah

Add to Cart
mataking island sabah blue coral
Pulau Mataking
RM210.00

DEKAT SEMPADAN

Utk Kaki Selam

Pulau yang berjiran dengan Filipina ini adalah salah satu pulau cantik dalam kawasan Semporna yang boleh anda layan.

Dengan pasirnya yang cukup putih, dan air yang membiru, Mataking antara tempat ideal untuk mereka yang suka menyelam dan scuba diving.

pulau mataking

pulau mataking

BANYAK PILIHAN

Lokasi Menyelam

Sebab seluruh kawasan pulau ini dikelilingi batu karang, dan kat sini ada 30 tempat scuba diving yang anda boleh cuba.

Tapi kalau itupun belum cukup, anda juga boleh pergi scuba diving kat Sipadan.

Apapun, untuk mereka yang nak pulau yang tenang, penuh pemandangan dan tempat untuk memori yang istimewa dengan hubby atau isteri, cuti kat Mataking ini memang puas hati.

Pakej Pulau Mataking

Pakej Promo

Tiket Promo Online
Kadar Diskaun
0%Tempah

Harga Pakej

Harga Pakej (RM)Per Pax
Snorkeling di Mataking + 2 Pulau Lain210
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2024

Tarikan Mataking

Post Office Bawah Air

Mataking ini terkenal sebagai salah satu pulau dalam dunia yang ada post-office bawah air.

Pejabat pos ini dibuat dari kapal kargo yang ditenggelamkan untuk dijadikan terumbu karang.

Kalau anda nak hantar surat, boleh letak dalam beg kalis air, dan menyelam hantar masuk surat ke sini.

Kawasan Bertelur Penyu

Oleh sebab kawasan ini ada tempat pemuliharaan penyu, kalau anda datang pada musim ia bertelur, anda boleh lihat ia naik ke darat.

Dan kalau menyelam pun, tak ada masalah untuk anda berjumpa dengan mereka dalam kawasan laut.

Penginapan

Kat pulau Mataking ini, hanya satu resort kalau anda berfikir nak tidur dalam pulau, iaitu Reef Dive Resort.

Dan resort ini juga satu-satunya kat Sabah yang ada pasukan khas marine biologist dan eco-conservation yang dibayar secara full-time.

Kumpulan ini ditugaskan untuk menjaga program pemuliharaan penyu mereka.

Cara Ke Pulau Mataking

Untuk anda yang di Semenanjung, untuk ke Mataking anda kena turun di airport Tawau.

Tawau ke Semporna

Kemudian, dari airport Tawau anda perlu ke jeti Semporna.

Jarak antara kedua tempat ini adalah 85km / 1 jam 30 min.

Sempoerna ke Mataking

Untuk ke Mataking dari sini, perjalanan dengan bot laju ialah dalam 45 -60 minit.

Tapi kalau dari kawasan Taman Marin Tun Sakaran, ia cuma 20 minit perjalanan bot.

Trip Snorkeling

Anda tak perlu tidur kat sini, sebab ramai yang datang kat sini untuk trip snorkeling dan balik hari.

Kalau anda dalam kategori ini, anda selalunya akan snorkeling kejap di Mataking dan beberapa pulau lain dalam trip anda.

3 review utk Pulau Mataking

4.0
Berdasarkan 3 review
5 bintang
66
66%
4 bintang
0%
3 bintang
0%
2 bintang
33
33%
1 bintang
0%
1-3 dari 3 review
  1. Ini secebis syurga tropika yg cukup cantik! Pemandangannya memukau.

    Berenang di pesisir pantai yang panas, jernih bak kristal bersama pula dengan penyu, terumbu karang yang berwarna-warni, dan kumpulan ikan tropika yang menakjubkan adalah pengalaman paling tak dilupakan.

    (0) (0)
  2. Plastik di pantai – sangat menyedihkan. Semuanya tentang tempat ini menakjubkan (pulau, makanan, penginapan), tetapi ia tercemar dengan banyak plastik di pantai.

    (0) (0)
  3. Serius, tempat ni lawa. Penat juga nak ke beting pasir antara 2 pulau ni. Tapi bukan selalu kan…

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Pulau Mataking Pulau Mataking
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)