Isi Kandungan :
Pulau Paradise 101 ini antara pulau berdekatan pulau Langkawi yang sekarang popular pada mereka yang aktif. Kalau anda nak main sukan air, dan tak mahu bersesak-sesak, ini antara tempatnya.
Kat sini ada macam-macam. Nak main jet ski boleh. Nak layan taman air mini Aqua Park kat tepi laut boleh, nak snorkeling atau cuba zipline pun boleh.
Tak mahu lasak, tapi cuma nak lepak? Boleh. Ada kawasan khas untuk bergambar cantik-cantik kat sini.

Kredit : ebrati_amna
Yang menjadi had cuma duit anda sahaja. Sebab akses ke sini berbayar. Dan kalau dah ke sini, ada banyak lagi aktiviti tambahan yang anda mungkin nak buat, macam Sunset Cruise Dinner.
Apapun, kalau duit bukan masalah, dan anda nak bermain air sehari suntuk semasa cuti kat Langkawi, bolehlah ditimbang-timbangkan tempat ini.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
Apa Sebab Namanya Paradise 101?
Oh! Kan Langkawi dikatakan ada 99 pulau. Ada 2 pulau buatan kat Langkawi. Dan pulau buatan ini dikira pulau yang ke 101. Itu lah sebab namanya Paradise 101.
Cara Ke Sini
Nak ke pulau ini anda kena naik bot dari Telaga Harbour Marina. Pakej anda sudah termasuk trip bot pergi balik ini. Tapi trip ini tak lama pun, tak sampai 5 minit dah sampai.
Jenis Pakej Yang Ada
Pakej Silver :
- Shuttle Pergi Balik dari Cenang Mall ke Paradise 101
- Bot Pergi Balik dari Jetty 101 ke Paradise 101
- 1x Banana Boat Fun Ride (10 minit)
- 1x Boat Thrill Ride (20 minit)
- Aqua Park (tanpa had)
- Kayak Fun (30 minit)
- Memancing di dek bawah
- 1 x Zip Line
Pakej Gold:
- Sama seperti di atas, kecuali
- Boat Thrill Ride (40 minit
- Satu minuman percuma dari menu
- 1x Voucher Makan & Minum (RM 10)
Pakej Platinum:
- Sama seperti Gold, kecuali
- Akses ke Dek Peribadi
- Tour Discover Magical Islands
- Dan Salah Satu di Bawah:
1 x Shisha, atau
1x Voucher Makan & Minum (RM 15), atau
2 x Lite bites dari menu A La Carte
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Pakej Daily Pass | 30 | 30 |
Pakej Silver | 216 | 216 |
Pakej Gold | 319 | 319 |
Pakej Platinum | 570 | 570 |
Beli Tiket Diskaun Paradise 101 |
* Anak 7 tahun ke bawah masuk percuma.
Tiket Diskaun
Waktu Kemasukan ke Paradise 101
Setiap Hari : 10 pg – 5 ptg