Isi Kandungan :
Pulau Payar ini tak berpenghuni. Tapi anda boleh datang mandi manda di tepi pantai atau ambil pakej layan snorkeling dan scuba diving berkumpulan.
Tempat ini best sebab anda boleh mandi di samping beribu-ribu ikan. Kalau biasanya nampak kat TV, kali ni dah boleh rasa sendiri seronoknya mandi dengan ikan liar.
Kalau nasib anda baik, anda mungkin dapat tengok ikan lumba-lumba, ikan paus dan ikan yu paus. Kata orang, selalunya ikan ini ada dalam musim panas (Oktober sampai Februari).
Tapi, sebab kos ke sini mahal, anda akan lebih banyak jumpa pelancong luar negara dari orang Melayu semasa ke Pulau Payar.
Aktiviti Snorkeling Di Pulau Payar
Kebanyakan dari anda akan menghabiskan masa dengan snorkeling. Akan tetapi, anda juga boleh masuk ke hutan untuk jungle trekking.
Kalau anda sukakan burung, anda juga boleh meneropong spesies burung liar di pulau ini seperti burung pergam dan helang.
Trip Dari Langkawi ke Pulau Payar
Perjalanan dari Langkawi ke Pulau Payar dengan feri selalunya mengambil masa 1 jam. Dari Pulau Payar, anda kemudian akan di bawa oleh bot kecil ke destinasi anda.
Cara Ke Pulau Payar
Ada 3 cara ke Pulau Payar :
- Dari jeti Kuah, Langkawi (1 jam) atau
- Dari jeti Kuala Kedah (30 min) atau
- Dari Pulau Pinang (2 jam)
Untuk pakej ke sini, kos bot, peralatan snorkeling, pengangkutan pergi balik ke hotel, insuran dan makan tengahari sewaktu di pulau selalunya sudah dikira sekali.
Harga Pakej Trip Pulau Payar
Trip dari Pulau Langkawi ke Pulau Payar :-
Jenis Trip Snorkeling | Dewasa (RM) | Kanak2 (RM) |
---|---|---|
Tepi Pantai | 230 | 230 |
Platform Laut | 315 | 250 |
Scuba Diving | 415 | 390 |
Beli Pakej Diskaun Pulau Payar |
Pakej Snorkeling di Pulau Payar
1. Pakej Pantai
Pakej snorkelling pantai ini selalunya dalam RM 230 seorang. Anda akan dihantar dengan bot ke tepi pantai untuk snorkeling di pesisir pantai. Makanan selalunya di bekal dalam bekas makanan.
2. Pakej Laut Dalam/Pakej Coral
Pakej ini selalunya berharga di atas RM 390 seorang. Tempat anda bukan kat tepi pantai, tapi scuba diving dari platform tengah laut. Kat sini ada lebih banyak ikan berbanding kat pantai.
Kalau anda tidak mahu terjun dalam air, ada balai cerap bawah laut yang dah dibina kat bawah platform. Boleh tengok ikan kat sini (tapi rugilah sebab nak ke sini pun bukan murah). Makanan di sini biasanya berbentuk buffet.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
Maklumat Penting
- Tiada hotel/penginapan di Pulau Payar. Yang ada cuma chalet kecil untuk anda yang mahu berehat sebelum menunggu waktu pulang ke Langkawi.
- Ada surau di pulau ini untuk anda solat bila masuk waktunya. Jadi jangan lupa bawa baju kering.
- Pulau ini tiada bekalan air tawar dan semua tandas menggunakan air laut. Bawa air botol yang mencukupi untuk minum dan membersihkan diri
- Pulau ini tiada kedai. Bawa makanan dan sunblock secukupnya.
- Lawatan ke Pulau Payar dengan tempoh perjalanan pergi balik dan aktiviti selalunya mengambil masa dari pagi hingga ke petang. Jadi pastikan anda lapangkan satu hari khas untuk ke sini.
- Tak cukup duit nak snorkeling di Pulau Payar ? Pilihan lain ialah mandi manda di Cenang atau Tanjung Rhu. Yang nak juga mandi dengan ikan boleh cuba Perdana Quay Eco Marine Park. Dan kalau nak merasa naik bot, boleh layan Mangrove Tour atau Island Hopping saja.