Isi Kandungan :
Berbeza dengan Perhentian Besar, pulau ini ada lebih banyak motel murah. Jadi ia memang tempat backpackers luar. Dan sebab ini jugalah suasana malamnya juga kurang sesuai untuk kanak-kanak.
Walaupun begitu, kerana ianya hampir antara satu sama lain, waktu melawatnya adalah serupa, dan anda boleh ke pulau berhampiran dengan bot laju yang disewa.
Aktiviti Menarik di Perhentian Kecil
Selain scuba diving dan snorkeling di lokasi yang sama seperti di Pulau Perhentian Besar, anda juga boleh berseronok dengan aktiviti air seperti menunggang banana boat dan berkayak.
Aktiviti ini selalunya boleh ditempah di resort atau chalet anda menginap.
Tips Melancong
- Di pulau ini tiada mesin ATM. Bawa duit yang mencukupi sebelum berlepas ke pulau.
- Kalau anda ingin mandi manda di pantai, dicadangkan anda pergi ke Long Beach. Sebab di sebelah Short Beach, pesisiran pantainya ada banyak batu.
Cara ke Pulau Perhentian Kecil
Untuk ke Pulau Perhentian, naik bot laju di Jeti Kuala Besut.
Perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian adalah selama 30-45 minit.
Harga Tiket
RM 5 (dibayar untuk taman marin, di jeti Kuala Besut)
Harga Tambang Bot Pergi Balik ke Pulau Perhentian
Dewasa : RM70
Kanak-Kanak : RM35
Pulau ini tiada jeti. Anda perlu membayar RM5 kepada bot kecil yang akan menyambung perjalanan anda dari pesisir laut ke pulau. Bot kecil inilah akan membawa anda ke pantai.
Jadual Bot Laju
Kuala Besut ke Pulau Perhentian : 9.00 pg hingga 4.30 ptg
Dari Pulau Perhentian ke Kuala Besut : 8.00 pg, 12.00 tghari dan 4.00 ptg