Tentang Tarikan Ini :
Pulau ini popular sebenarnya di kalangan sukarelawan asing.
Sebabnya kat pulau ini ada organisasi sukarelawan yang kerjanya menghidupkan semula kawasan sekitar pulau yang dahulunya terjejas akibat pengeboman ikan.
Jadi mereka-mereka yang datang ke Pom Pom kebanyakannya bukan sahaja penyelam tapi juga orang-orang yang dalam jiwa ada taman.
Walaupun ada yang dapat kat sini nak berehat, selain daripada menyelam, orang yang ke Pom Pom juga akan selalunya terlibat untuk konservasi penyu dan batu karang.
Malah ada resort yang salah satu aktiviti untuk tetamunya ialah melepaskan anak penyu ke laut.
Pulau ini tak ada penduduk.
Orang yang tinggal kat Pom Pom selalunya adalah sukarelawan ataupun orang yang kerja dengan resort-resort yang ada kat sini.
Jadi kawasan pulau ini memang putih melepak, dan kawasan untuk menyelam memang bersih.
Kalau anda suka penyu, ini kawasan pulau terbaik kat Sabah untuk dekat dengan haiwan itu.
Nak jadi sukarelawan Kat Pulau Pom Pom?
Nak jadi sukarelawan kat sini, anda perlu bayar mereka dulu.
Bukan apa, kena kira makan minum, penginapan, kos diving anda dan lain-lain.
Dan tempoh masa anda kat sini sini paling singkat, 2 minggu.
Untuk orang luar, harga untuk jadi sukarelawan bermula sekitar RM5000.
Anda nak tahu senarai kerja anda sebagai sukarelawan? Boleh layan website mereka kat sini.
Trip Snorkeling ke Pom Pom
Anda boleh ke Pom Pom dan layan snorkeling kat sini, tanpa perlu nak bermalam kat pulau ini.
Harga Trip
Harga Pakej Biasa | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Snorkeling di Pom Pom, Timba Timba, Mataking | 190 | 190 |
Beli Pakej Murah Pom Pom | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2022 |
Pulau Berhampiran
Dari sini anda boleh pergi ke Pulau Timba-Timba, Mataking dan Bohey Dulang.