Pulau Rawa

RM1,000.00

Nak layan pasir putih halus melepak? Pulau Rawa antara tempatnya kak!

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2H3M
Harga Tiket
Harga bermula dari RM 1k++ utk 2 hari
Lokasi
Pulau Rawa, Mersing, Johor

PULAU DIRAJA

Milik Peribadi

Kalau nak merasa bercuti macam royalti, Pulau Rawa ini antara tempatnya kalau anda kat Johor.

Sebabnya pulau ini adalah pulau persendirian milik Tuanku Sultan Johor.

SANTAI SAJA

Rehat Maksima

Kalau anda nak merasa cuti dalam pulau terpencil, ini antara tempatnya. Pulau kecil ini tak ada kenderaan. Nak ke sana sini, boleh jalan kaki.

Tak ada kedai duty free, apa lagi mall nak habiskan duit hubby.

Yang ada adalah air jernih, ikan warna warni, suasana pulau dan pemandangan laut membiru.

Harga Pakej

Secara kasar, sediakan dalam RM 1000 seorang untuk berehat di Rawa selama 2 hari (anggaran harga tahun 2019).

Kos ini mungkin lebih rendah kalau anda tinggal di hut bajet (di Alang’s) atau lebih tinggi (kalau anda kuat makan atau anda ambil pakej lebih mahal di Rawa Island Resort).

Dan harga kat atas, adalah harga berkongsi 2 orang sebilik.

Kalau lebih ramai dalam 1 bilik, lebih murah.

Harga ini sudah termasuk bot pergi balik, penginapan, makan pagi, tengahari dan malam.

Kalau anda nak makan extra, ada makanan yang dijual kat sini.

Sediakan Wang Lebih

Disebabkan ianya pulau, harga barang memang batuk berpanjangan.

Air mineral hampir RM 10 sebotol manakala nasi goreng dalam RM 15.

Selain itu ada yuran Taman Marin yang kena bayar di jeti.

Sekitar RM 20 untuk orang Malaysia dan RM 50 orang luar negara (harga tepat sehingga Disember 2019).

Aktiviti Pulau

Snorkeling

Kat pulau putih dengan air biru muda ini, nak layan ikan, tak perlu pergi jauh-jauh. Tepi pantai atau kat bawah jeti sahaja dah boleh jumpa ikan kecil, besar.

Tapi disebabkan dekat dengan pantai pun sudah ada batu karang, mandilah waktu air pasang. Takut nanti rabak kaki terpijak batu karang tajam.

Mandi Laut

Kat tepi laut ada water slide / gelongsor yang boleh anda layan. Tak kisah lah anda kecil atau dah berusia.

Main Kayak

Ada kayak yang anda boleh sewa kat resort.

Beach Volleyball

Dengan kawasan pantai putih, memang syok kalau main volleyball untuk yang datang ramai-ramai.

Jungle Trekking

Kalau rajin nak panjat tempat tertinggi kat Pulau Rawa ini, anda boleh nampak panorama laut sehingga ke kawasan pulau lain yang berhampiran (kalau cuaca cerah).

Penginapan

Buat masa ini, dalam pulau Rawa ada 2 sahaja tempat anda boleh menginap.

Anda boleh pilih Alang’s Rawa (kalau nak simple dan lebih murah) atau Rawa Island Resort (yang nak lebih selesa).

Pulau ini hanya ada penginapan ini sebab ia pun tak besar mana.

Cara Ke Sini

Nak ke sini, anda perlu ke jeti Mersing. Jeti Mersing ini dalam 5 jam memandu dari Kuala Lumpur.

Dari jeti Mersing, anda akan naik bot ke Pulau Rawa.

Jaraknya dari jeti dalam 19 km. Dan anda bakal duduk dalam bot selama 30 minit.

Jangan pening cari bot nak naik.

Sebab selalunya orang tak ke sini untuk day trip.

Kalau anda ke sini, urusan pergi balik bot selalunya memang sudah termasuk dalam pakej.

Tips Pelawat

  • Tak ada aircond kat Alang’s Rawa. Air mandi pun bukan air paip tapi air yang bergaram juga. Jadi lepas mandi memang tak sama segar macam kat rumah. Memang island life kata orang Lambor. Kalau nak beraircond, kena pi resort satu lagi.
  • Rawa Island Resort lebih selesa. Kat sini ada air-cond sampailah ke spa. Pendek kata, tempat ini untuk mereka yang ada bajet sedikit tinggi sampailah ke tahap raja-raja.
  • Untuk keluarga, Alang’s Rawa mungkin tidak sesuai. Disebabkan harga dan bilik yang boleh memuatkan kumpulan besar, anda mungkin akan dapati kumpulan pelancong yang ramai yang berparti sampai pagi.
  • Tak ada kedai runcit di sini. Beli barang kudapan dan air mineral sebelum naik bot di jeti.
  • Tak ada TV di sini.
  • Walaupun di sini tak ada tempat shopping, anda perlu bawa duit. Pertama kalau perlu makanan lebih dari yang diberi dalam pakej. Dan kedua kalau anda nak sewa apa-apa, mereka perlukan deposit dalam RM 50 – 100.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Pulau Rawa Pulau Rawa
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)