Pulau Redang

RM125.00

(4 review)

Nak snorkeling, atau nak santai sakan? Jom terjah Pulau Redang bang.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
9 jam
Penting
Pulau berkemungkinan besar ditutup pada masa ribut monsoon. Ribut ini lazimnya melanda sekitar bulan November – Januari setiap tahun.
Harga Pakej
Harga pakej snorkeling di Pulau Redang (utk trip balik hari) bermula dari RM 125 dewasa dan RM 100 kanak-kanak
Jarak dari Kuala Terengganu
Sekitar 2 jam satu hala. Dari Kuala Terengganu ke Jeti Merang: 30 km / 45 min. Kemudian, dari Jeti Merang ke Pulau Redang : 45-60 min
Lokasi
Pulau Redang, Terenggganu, Malaysia

Add to Cart
redang @neill_boatservices
Pulau Redang
RM125.00

PORT HEALING

Pantai & Laut

Dikelilingi 9 buah pulau lain, Pulau Redang ini ada pantai yang cantik, dan air laut yang jernih.

Dan seronok kalau ikut snorkeling sebab ini juga tempat bersemadi dua buah kapal zaman Perang Dunia ke-2, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse.

Pakej Pulau Redang

Pakej Promo

Tour Promo Online
Harga (RM)
Dari RM 55Tempah

Harga Pakej Snorkeling Redang

Pakej Snorkeling (RM)DewasaKanak2
5 Lokasi Snorkeling Point10070
6 Lokasi Snorkeling Point125100
Harga pakej dikemaskini sehingga : 29 Sep 2021

Aktiviti

Rehat di Pantai

Kalau anda mahu mandi dan berehat, ini pantai yang menarik untuk anda jenguk:

  1. Pantai Teluk Dalam
  2. Long Beach (Pasir Panjang)
  3. Pantai Teluk Kalong

Snorkeling

  1. Β Tanjung Tengah Redang – Kalau nasib anda baik, anda boleh terserempak dengan ikan jerung blacktip, orange-striped triggerfish, schooling needlefish, barracuda, sotong serta penyu.
  2. Β Tanjung Mak Cantik – Bukan mak je cantik, tapi ada banyak ikan cantik. Antara spesies yang boleh anda jumpa di sini adalah titan triggerfish, sotong, porcupine fish, giant grouper, kerang, christmas tree corals, ikan pari dan penyu.
  3. Taman Laut Redang – Ini dia tapak snorkeling yang popular. Di terumbu karang buatan manusia yang terletak di bawah jeti ini, ada banyak jenis ikan. Antaranya damsel fish, wrass, sergeant major, parrot fish dan trigger fish.

Scuba DivingΒ 

  1. Tunnel Point – Tapak menyelam ini ada batu bata yang besar macam terowong. Dan anda boleh menyelam melalui terowong tersebut.
  2. Β Tanjung Tokong (North Point) – Di tapak menyelam yang adanya Sea Turtle Research Unit (SEATRU) ini pula, anda ada peluang melihat penyu karah dan penyu hijau. Jika anda bernasib baik anda akan dapat melihat ikan Yu.
  3. Tanjung Gua Kawah – Kawasan ini terletak di bahagian timur Pulau Redang. Tapi ombaknya kuat β€” tak sesuai untuk penyelam yang baru.
  4. Che Isa (Mini Mount) – ini adalah tapak menyelam yang dianggap menarik kerana jika anda menyelam di sini anda boleh melihat ikan scorpion fish yang suka menyamar mengikut warna sekeliling.
  5. Mak Cantik (Maxi Mount) – Tapak menyelam ini pula unik kerana ia adalah gunung bawah air. Ha! Awesome kan?

Terjah Hutan

Kalau anda sudah letih dengan laut, anda juga boleh masuk hutan. Bukan apa, sebab Pulau Redang ada paya bakau terbesar di pantai timur.

Pulau ini juga ada 16 spesies orkid liar untuk anda jejak.

Waktu Sesuai

Biasanya, aktiviti di Pulau Redang akan dibuka kepada pelancong dari bulan Mac hingga ke bulan Oktober.

Dan perkhidmatan bot penumpang dihentikan ketika musim tengkujuh.

Sebab laut yang bergelora.

Menginap di Redang

Nak tidur sini?

Boleh. Pilih saja nak menginap di hotel mewah ataupun tidur dalam khemah, kalau bajet anda suam kuku.

Untuk hotel mewah, anda boleh tidur di The Taarass (RM 750++), untuk harga sederhana, boleh pilih Redang De Rimba (RM 180++).

Harga pakej di hotel-hotel Redang lebih murah dari harga bilik di Agoda/ Booking. Ia juga selalunya hadir dengan bot pergi balik dan trip snorkeling.

Cara Ke Pulau Redang

Anda ada 3 pilihan cara utk ke Pulau Redang :

1. Naik Bot dari Jeti SyahbandarΒ 

Jeti ini terletak di bandar Kuala Terengganu.

Naik bot dari jeti ini ke Pulau Redang. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 setengah jam.

Harga Tiket Feri : RM110/pergi balik

2. Naik Bot dari Jeti Merang

Jeti ini terletak di utara Kuala Terengganu dan lebih dekat jaraknya dengan Pulau Redang.

Jarak perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang mengambil masa kira-kira 45 minit hingga 60 minit.

Cumanya, perjalanan darat berkenderaan dari Kuala Terengganu ke Jeti Merang mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Harga Tiket Feri : dari RM110/pergi balik.

3. Naik Flight Dari Airport Subang

Anda orang KL yang berduit, dan malas nak drive?

Ambil flight terus menggunakan Berjaya Air dari lapangan terbang Subang ke Pulau Redang.

Tempoh flight cuma 1 jam.

Harga pergi dan balik sekitar RM 1500++.

4 review utk Pulau Redang

4.8
Berdasarkan 4 review
5 bintang
75
75%
4 bintang
25
25%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-4 dari 4 review
  1. Sangat cantik dan lautan yang hijau bersih dan penyu yang mesra serta sgt jinak

    (0) (0)
  2. MasyaAllah cantik sgt pulau ni. Berbaloi dtg dr jauh. Pasir halus yg memutih..air laut membiru.. karang laut yg cantik..penyu yg jinak..pasti dtg lagi😍😍😍😊 …

    (0) (0)
  3. Pantai yang jernih, cantik. Penyu pun baik. Seronok

    (0) (0)
  4. Pergi tenangkan fikiran 3h2m dekat pulau redang,aku tak tempah chalet tapi aku bermalam dalam perkampungan sebab aku ada kawan dekat sana,korang apa lagi jom snorkeling sambil tengok kehidupan air laut πŸŠπŸ„πŸ˜Š …

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Pulau Redang Pulau Redang
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)