stand up paddle di mari mari sepanggar

Pulau Mari-Mari Sepanggar

Kalau pulau di Taman Tunku Abdul Rahman sesak, ini pilihan pulau yang ada untuk orang berduit.

Pulau Mari Mari Sepanggar ini sebenarnya cuma 10 minit perjalanan bot dari Kota Kinabalu.

Tetapi tidak seperti pulau pulau di Taman Tunku Abdul Rahman, pulau ini selalunya tidak banyak pengunjung berbanding kawasan taman laut tersebut.

Saiznya juga dua kali daripada Pulau Manukan tapi jumlah pengunjungnya separuh dari pulau itu.

pulau mari mari sepanggar sabah

Antara sebabnya mungkin sebab kos ke sini beberapa kali lebih mahal.

Apapun, kalau anda tak suka bersesak dan tidak mahu ke pulau-pulau lebih jauh daripada Kota Kinabalu anda boleh pertimbangkan datang ke Sepanggar.

Apa ada di Pulau Mari Mari Sepanggar

Kat Pulau Sepanggar anda boleh buat macam-macam aktiviti sama seperti di pulau-pulau lain berdekatan Kota Kinabalu.

sea walking mari mari Anda nak snorkeling? Ada 8 tempat untuk anda berdansa dengan ikan.

Nak main para sailing? Tiada masalah.

Nak merasa sea walking? Pun beres dengan syarat anda banyak duit.

parasailing di mari mari sepanggar kota kinabalu

Untuk yang suka masuk hutan anda juga boleh merentas hutan sehingga ke puncak pulau ini (dipanggil South Peak) untuk anda layan pemandangan Laut China Selatan dan juga Teluk Gaya.

mari mari sepanggar island resort

Penginapan

Kalau anda terasa nak tidur di pulau ini memang tiada masalah.

Sebabnya kat sini ada lodge yang memang sinonim dengan Sipanggar. Lodge ini dikenali sebagai Mari Mari Sipanggar.

chalet mari mari

Lodge bertaraf 3 bintang ini ada dorm untuk mereka yang mahu ke tempat bajet dan ada chalet untuk mereka yang mahu selesa di pulau Sepanggar ini.

chalet mari mari sepanggar

Tips Penting

  1. Urusan di sini ialah dengan tunai. Kalau anda ingin menggunakan perkhidmatan kad kredit, anda boleh berbuat demikian hanya di terminal feri Jessellton.
  2. Lazimnya anda boleh ke pulau ini terus-menerus pada mana-mana bulan (tanpa risau ribut monsun). Akan tetapi hujan selalunya akan turun pada akhir tahun.

Harga Trip Snorkeling

Harga Pakej BiasaDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Snorkelling di Mari Mari Sepanggar170170
Beli Pakej Murah Sepanggar
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

JomJalan Seluruh Sabah

Senarai tarikan best di Sabah
Hotel terbaik pilihan kami
Layan kedai makan sedap kat Kota Kinabalu
Promo hotel, tarikan Sabah
Jomjalan