kawasan pantai pulau sibu

Pulau Sibu

Tak terkenal, tapi ini antara pulau terpencil kat Johor yang ada dugong.

Tak macam pulau lain kat Mersing, Pulau Sibu ini tak berapa terkenal sebab kawasan pantainya bercampur – dari kawasan berbatu sampailah ke kawasan pantai pasir halus.

Dan cara nak ke sini pun tak mudah macam nak ke pulau lain sekitar Mersing.

kayak pulau sibu

Selalunya yang datang ke sini, adalah kaki pulau yang sudah layan pulau-pulau terkenal lain seperti Rawa dan mahu layan pulau layan untuk mereka teroka.

Apa Ada Kat Pulau Sibu

Ramai yang datang ke sini untuk memancing ataupun geng pencinta alam yang nak tengok pulau kecil yang ada bermacam jenis ekosistem.

Sebabnya kawasan pulau ini ada pantai berbatu, berselut, berpasir, hutan, paya bakau. Mana nak cari tempat macam ini dalam satu tempat kan?

Untuk yang nak layan snorkeling, kawasan Pulau Sibu tak berapa sedap untuk menyelam layan ikan. Jadi pakej snorkeling yang ada akan bawa anda snorkeling di Pulau Kukus  atau Pulau Tinggi yang ada berhampiran (15 minit dari Pulau Sibu).

Walaupun begitu, kalau anda nak melayan coral, kawasan sekitar Pulau Sibu dan Kukus memang sudah kurang coralnya. Dan keadaan airnya tak sejernih yang anda harapkan.

Tapi mungkin sebab air sebeginilah, kawasan ini diketahui menjadi habitat dugong.

sari pacifica sibu

Kawasan resort sari pacifica di pulau Sibu.

Apapun, Pulau Sibu ini ada kampung dan ada chalet yang tarafnya 3 bintang (Sari Pacifica Resort). Jadi kalau anda nak berehat kat pulau yang rare dan tak terkenal, ini antara pilihan yang ada kat Johor.

Cara ke Pulau Sibu

Untuk ke Pulau Sibu, anda perlu mengambil bot di jeti Tanjung Leman.

Dari Johor Bharu ke jeti ini, masanya sekitar 2 jam perjalanan. Dan kalau anda dari Mersing, jaraknya dalam 1 jam perjalanan.

Perjalanan ke Tanjung Leman mula kurang selesa apabila anda mula masuk ke jalan Tanjung Leman. Anda bakal melalui kawasan felda yang agak sunyi, sempit dan dikelilingi pokok kelapa sawit. Dan keadaan jalan juga kurang baik disebabkan kiri kanan jalan ini adalah tanah merah. Perjalanan yang kurang selesa ini bakal anda rasa dalam 30 minit (30 km).

Pastikan petrol anda cukup masuk ke kawasan Tanjung Leman.

Bila anda sampai di jeti Tanjung Leman, anda boleh naik bot (selama 30 minit) ke Pulau Sibu.