Snorkeling
Jarang orang datang ke Sipadan hanya untuk snorkeling.
Dan tak semua tempat ada menjual permit untuk snorkeling.
Tapi kalau anda termasuk golongan yang bukan diver, dan anda berjaya dapatkan permit untuk snorkeling di Sipadan, anda masih boleh layan ikan macam barakuda atau penyu.
Tempat snorkeling anda selalunya kat sekitar jeti.
Scuba Diving
Diving kat Sipadan ini bukan untuk semua orang.
Disebabkan arus yang kuat, mulai 2013 cuma Advanced Open Water Divers atau penyelam baru dengan sekurang-kurangnya 20 log dives sahaja yang dibenarkan untuk menyelam kat sini.
Sebabnya mereka tak mahu ada tragedi.
Dan waktu menyelam pun hanya sekitar pukul 8 pagi hingga 3 petang.
Tak ada penyelam yang dibolehkan untuk menyelam lebih dari pukul 3 petang.
Cara ke Sipadan
Nak ke Sipadan ini perlukan sedikit usaha, sebab anda perlu gunakan pengangkutan udara, darat dan laut.
Airport terdekat ialah di Tawau.
Anda boleh terbang ke sini dari Kuala Lumpur (3 jam) ataupun Kota Kinabalu (1 jam).
Bila dah sampai di Airport Tawau anda perlu pergi ke bandar Semporna dengan teksi atau minivan ( 2 jam).
Dari jeti, perjalanan ke pulau Sipadan mengambil masa 1 jam dengan bot laju.
Waktu Terbaik
Menyelam di Sipadan boleh dibuat sepanjang tahun.
Tapi dari Januari ke Mac, cuaca agak tak menentu, dan arus lebih kuat.
Politik & Keselamatan
Sipadan ini dulunya menjadi pulau yang direbut oleh Malaysia dan Indonesia.
Tempat ini juga pernah diserang oleh lanun Abu Sayyaf (pada tahun 2000), yang menculik 20 orang pelancong.
Tapi setelah Mahkamah Antarabangsa memutuskan bahawa ianya milik Malaysia (pada 2002), kawasan laut ini sekarang dijaga oleh tentera laut Malaysia.
Tentera Laut Malaysia juga ada pos kawalan mereka kat sini.
Review
Jadi yang pertama beri review