Pura Luhur Uluwatu - tempat menarik wajib pergi di Bali

Pura Luhur Uluwatu

Kunjungan anda ke Bali dikira tidak lengkap jika tidak melawat Pura Luhur Uluwatu.

Terletak 30 minit dari Denpasar, kuil Uluwatu yang dibina di tepi tebing tinggi ini adalah antara kuil yang terpenting di Bali kerana dianggap sebagai penolak kejahatan dari laut.

Seperti kebanyakan tarikan Bali lain, pengalaman menyaksikan matahari terbenam dari tebing tinggi ini adalah antara sebab utama ia menjadi tumpuan ramai.

Tetapi awas. Jika anda takutkan monyet, dan tidak suka mengunjungi rumah ibadat penganut agama lain, ia mungkin kurang sesuai untuk anda.

Tips Pengunjung

1. Kera di sini agresif dan akan merampas apa sahaja makanan dan barangan kecil yang boleh diragut. Simpan cermin mata, makanan dan lain-lain dalam beg.

2. Jika anda mahu masuk, anda dikenakan sedikit bayaran untuk sarong yang disewakan.

3. Tarian kecak diadakan setiap malam menjelang senja. Tarian berlangsung selama 1 jam 30 minit.

4. 3km dari sini terdapat pantai-pantai Uluwatu yang kerap dikunjungi mereka yang baru belajar luncur air kerana ombaknya yang sederhana.

5. Kebanyakan pengunjung datang dengan pakej. Ini kerana sukar mendapatkan teksi dan pengangkutan awam tanpa tempahan awal.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9pg – 6 ptg

Tiket Masuk

Rupiah [currency base= “IDR”]30000[/currency]

Kredit : LippoBaliTours, Sinmag

Jomjalan