PEMULIHARAAN
Orang Utan
Tempat ini terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching.
Dibina pada 1920, ia sebenarnya bukan khusus untuk orang utan tetapi adalah tempat rawatan lebih 1,000 ekor haiwan liar.
Tetapi sebab ianya cukup berjaya memulihara orang utan, tempat ini sinonim dengan haiwan itu.
Orang utan yang telah dipulihara dilepaskan ke hutan di sekitar kawasan ini dan haiwan-haiwan separa liar ini kerap kembali ke Semenggoh.
Sebabnya ia ada diberi makan dua kali sehari.
Jadi ini adalah waktu terbaik untuk anda datang untuk melihat orang utan jantan yang beratnya melebihi 100kg makan di atas pokok bersama-sama orang utan betina dan bayi-bayi mereka.
UNIK
Dalam Denai
Menariknya orang utan di sini ada nama macam manusia.
Jadi jangan terkejut bila Delima atau Salina dipanggil turun dari pokok tinggi untuk diberi makan.
Selain melihat orang utan, anda boleh merasa dingin hutan dan mendengar bunyi unggas dengan berjalan melalui 5 denai dan laluan berkayu yang disediakan di sini.
Perjalanan denai ini mengambil masa 5 ke 30 minit untuk dihabiskan.
Review
Jadi yang pertama beri review