Pusat Pelancongan MATIC

Tarikan Percuma

Anda bukan orang Malaysia? Bangunan bersejarah ini ada pusat sehenti untuk informasi cuti.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
109, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

MAKLUMAT PELANCONG

Bawah Satu Bumbung

Pejabat pelancongan ini ada restoran, pondok polis 24 jam, ejen pelancongan, kaunter maklumat pelancong, pengurup wang, mesin ATM serta persembahan kebudayaan setiap hari.

pusat pelancongan matic

Kemudahan di Matic

Kedai Karyaneka

Karyaneka ada sebuah kedai di sini dengan pelbagai koleksi barangan kraftangan dari pelbagai etnik dan budaya di Malaysia. Pelancong boleh ke sini untuk membeli batik berkualiti tinggi yang dilukis di Malaysia, bakul rotan, sumpit, ukiran kayu Sarawak dan barangan perak buatan Kelantan.

Kaunter Maklumat Pelancong

Kaunter maklumat ini diuruskan oleh pembantu pelancong yang berpengalaman. Anda boleh meminta nasihat dan bertanya tentang pengangkutan, penginapan dan perjalanan anda sepanjang di Kuala Lumpur.

Tarian Kebudayaan

Pertunjukan kebudayaan dan persembahan tarian tradisional diadakan 4 hari seminggu. Dewan ini boleh menampung 140 orang dan kali terakhir kami semak, bayaran masuk bermula dari RM 5.00 untuk dewasa.

Sejarah

Dibina sebagai kediaman keluarga pada tahun 1935 oleh hartawan getah dan timah yang kaya, bangunan ini asalnya berada di atas dusun rambutan sebesar 2.6 hektar.

Kerajaan British mengambil alih bangunan ini dan menukarnya menjadi pangkalan tentera mereka pada permulaan Perang Dunia Kedua.

Kemudian tentera Jepun menjadikannya pengkalan mereka selepas tentera Jepun menakluki Malaya.

British kembali memiliki bangunan ini selepas menewaskan Jepun pada tahun 1945.

Dari saat itu, ia berkhidmat sebagai kem pertahanan British di Kuala Lumpur sehingga tahun 1956.

Pada 24 Februari 1948, bangunan ini menjadi saksi kepada sejarah penting apabila Majlis Persekutuan Tanah Melayu mengadakan mesyuarat pertamanya di sini.

Selain itu, ia juga tempat asal Parlimen Malaya yang semasa tahun 1959 dan juga lokasi pertabalan untuk beberapa yang di Pertuan Agong sebelum ini.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Pusat Pelancongan MATIC Pusat Pelancongan MATIC
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)