NAFAS BARU
Pelbagai Tarikan
Dibuka pada tahun 1996, Pusat Sains ini sekarang diberi nafas baru.
Kalau dulu, hidup segan mati tak mahu, sekarang ia ada lebih 1,000 objek pameran — dari dinosaur dan ikan air tawar kepada robot dan makmal untuk anda dan si kecil terokai bersama.
Nak bergambar pun ada spot nya.
Ya, Pusat Sains Negara setinggi 4 tingkat ini mungkin tidak semenarik Petrosains Petronas.
Tapi harga tiketnya adalah lebih murah dan jauh dari sesak jalanraya Kuala Lumpur. Saiz kawasannya pun luas. Memang boleh habis separuh hari kat sini.


UTK KELUARGA
Lebih Murah
Ya, Pusat Sains Negara setinggi 4 tingkat ini mungkin tidak semenarik Petrosains Petronas.
Tapi harga tiketnya adalah lebih murah dan jauh dari sesak jalanraya Kuala Lumpur. Saiz kawasannya pun luas. Memang boleh habis separuh hari kat sini.
Dinasour di taman luar ada untuk anak pegang dan panjat.
Dan kalau orang sibuk ke Aquaria KLCC untuk tengok ikan, anda sekeluarga boleh jimat dengan datang ke sini saja.
Senang cerita, kalau anda memang mencari tarikan kat KL untuk anak-anak yang tak mahal, datanglah ke sini.
Dah lama tak pergi sini..last pegi time masih student.. dulu macam2 aktiviti ada kat sini.. now dah besar saje pergi balik sana..
Price is cheap..RM8 if walkin kalau online RM6 sahaja.. ada add on for special room..
Belah bawa macam2 aktiviti ada..teruja bile dah lama tak pergi sini.. tapi malangnya belah atas banyak dah kosong.. cam tak ada apa2 sangat dah tinggal atas..
Most of things here banyak yang kita sentuh2.. so banyaklah bacteria everywhere.. sanitiser ada tapi botol kosong.. at least pun ada some place..kita learn about germ but tak ada precaution..
Overall mengamit memory bile datang sini..
Agak kecewa dgn infrastructure area pusat sains negara. Tak friendly utk family yg ad baby kecil yg bwk stroller. Dan bila hujan, air masuk ke dalam exhibition. Tolong perbaiki kemudahan ini. Tapi info yg ada disini amat baik.
Kali pertama datang sini..booking ticket secara online 5 dewasa 1 kanak kanak..masuk tak perlu nak beratur..masuk scan QR boleh terus masuk..datang sini sebab nak tengok ikan je sebenarnya sebab bawa anak berusia 5 bulan suka tengok ikan..
Tapi sayang aquarium ikan tak besar cuma yang menariknya ada diver masa nak balik menonjolkan dirinya😅boleh ambil gambar..kalau bawa anak anak boleh buat macam macam aktiviti dekat situ supaya mereka celik sikit mata tak adalah main phone 24jam😅
Satu lagi nak highlight kalau nak datang time weekend be ready untuk berjalan jauh dari tempat parking ke pusat sains negara..sebab parking sangat limited ya..so datang la awal-awal pagi.datang lewat memang berlecak la sebab panas..sekian dari saya..
Lawatan mengejut tanpa perancangan selepas selesai sertai seminar di pusat bandar.sedikit kecewa kerana dinosaur park dah tamat tempoh.
Hanya melihat lihat beberapa pameran asas.namun peralatan pameran disana kelihatan sudah lama dan perlu ditukar serta diselenggara.sebahagian alatan pameran tidak berfungsi.
Disini lebih kepada pameran asas sains dan tidak dapat memberi ilmu yang lebih mendalam serta tidak bersesuaian utk aktiviti kanak kanak dibawah usia 7tahun.
Mungkin peralatan pameran perlu diteliti untuk kelihatan lebih menarik,efisien dan menyeronokkan.ini kerana peralatan pameran lama lebih kelihatan seperti pameran di sebuah muzium.
Namun didalam kekurangan terdapat juga beberapa ilmu baru seperti kewujudan ikan pari air tawar yang baru dijumpai pada 20 tahun yang lalu.
Parking tidak terlalu sukar cuma sedikit jauh.kafetaria tidak sukar cuma tiada pilihan.harga mungkin keras untuk pengunjung dari luar negeri.
Terdapat taman air dibahagian luar dibawah bukit.setelah kepenatan berlegar didalam bangunan,Taman air hanya mampu dilihat saja.
Jika kurangkan pekerja indon disana mungkin warga tempatan dapat peluang pekerjaan.