LAYAN PELABUHAN
Angin Laut
Puteri Harbour ini kawasan tempat lepak orang yang suka kawasan tepi laut yang ada kapal mahal berlabuh. Kat kawasan ini ada mall kecil yang ada kedai-kedai makan. Tapi kedai-kedai makannya tak murah.
Kedai yang ada pun biasa sahaja, kecuali cafe DC Comics Superheros untuk anda layan pizza dan beli t-shirt dengan tema superhero Hollywood ini.


HOTEL BAGUS
Masih Muda
Kat kawasan ini ada hotel-hotel bagus untuk honeymoon atau keluarga — seperti hotel Fraser Place.
Cuma kawasan ini belum maju sepenuhnya, dan kebanyakan yang datang kat sini cuma ambil angin kerana taman tema yang ada (Hello Kitty) telah ditutup sepenuhnya.
Jadi untuk anda yang ada sebab ke sini (naik feri ke Indonesia) bolehlah singgah sekejap.
Tapi kalau semata-mata nak memandu 20 minit dari JB ke sini hanya untuk tengok apa yang ada, belum masanya.