AKTIVITI AIR
Lasak & Ekstrem
Untuk anda yang suka aktiviti lasak dan ekstrem, ini antara tempat boleh layan benda sebegitu masa cuti kat Putrajaya.
Lokasinya? Tasik Putrajaya. Tempat yang sama yang dibuat kejohanan waterski dunia kalau ia ada kat Malaysia.
Sekolah waterski ini ada kat Presint 5 Putrajaya. Dan selain athlet professional berlatih kat sini, anda pun boleh datang untuk merasa seronoknya.


ADRENALINE PUMPING
Sukan Mencabar
Aktiviti lasak adrenaline pumping kat sini banyaknya jenis yang ditarik dengan bot β dari water ski dan juga wake boarding sampailah ke yang untuk anak macam kneeboarding.
Ya, harganya tak murah. Dan ada aktiviti yang perlukan sejumlah peserta minima. Tapi kalau nak merasa seronoknya dan mencabarnya sukan yang tak ramai pakarnya kat Malaysia, ini tempatnya.
Yang penting, datang awal. Kalau anda lewat, slot anda tidak akan ditunda.