AKTIVITI LASAK
View Power
Untuk thrill seekers atau mereka yang dah biasa datang ke Sabah dan nak buat benda luar daripada kebiasaan, kami sarankan Ranau Paragliding.
Bukan apa, ini tempat paragliding paling besar Malaysia, dan pemandangannya pun lumayan bang!
Harganya tak murah, tapi untuk satu benda yang anda mahu ingat seumur hidup, tapi memang berbaloi.
Kalau nak merasa terbang macam burung kat Sabah, ini tempatnya.


HAD UMUR
Naik Tandem
Dan disebabkan dia dekat dengan Gunung Kinabalu, pemandangan yang anda bakal saksikan memang cukup cantik.
Umur bukan masalah.
Kecil, besar, semua boleh naik.
Tapi selalunya ia hanya disarankan untuk umur 13 tahun ke atas.
Dan sebab kebanyakan yang datang tak pandai nak bawa paraglide ni, kebanyakan anda akan naik secara tandem.
Maksudnya anda duduk depan dan pilot anda di belakang.
Dan penerbangan ini bakal anda layan selama 7-10 minit.
Nice view, tempat tertinggi di kawasa Kg. Lohan, Ranau.. Dari sini boleh melihat kawasan Kompleks Sukan Ranau, dan seluruh kawasan Kg. Lohan Ulu, Kg. Dilik dan sekitarnya.
Boleh juga untuk bermalam di kawasan Paragliding Park dgn menyewa khemah yang telah disediakan. cuma kena tahan cuaca yang agak sejuk pada waktu malam. hehehe.. pemandangan awal pagi yang sangat menarik dengan melihat mentari pagi dan kabus di kawasan Kompleks Sukan Ranau serta kawasan lereng-lereng bukit.
Tempat utama untuk yang ingin merasa Payung Terjun. sesiapa yang ingin merasa untuk terbang2 di udara boleh la pergi ke sini. harganya agak berpatutan iaitu dalam RM240 termasuk insurans dan Gopro, berada di ruang udara dalam masa 9minit-15minit, masa terbang antara jam 10am-5pm.
Pemandangan yang sangat cantik.
Suka aktiviti ekstrem bole cuba paragliding disini.
Wajib cuba.
Seronok!
Penah try 1time memang gayat..tp seronok..pengalaman yg tidak terungkap..harga pon berpatutan..terbaik ranau paragliding