Restoran ZZ Sup Tulang

Jom rasa mee rebus tulang JB di ZZ Sup Tulang

Bila di JB, anda perlu cuba mee rebus JB. Dan ini antara tempat yang paling lama bertahan dengan menu mee rebus tulangnya.

Bertapak sejak 1975 lagi, warung ini nampak biasa-biasa sahaja. Dan tempat makan pun atapnya rumbia. Tapi mee rebusnya datang siap dengan straw supaya anda boleh sedut dan sedut sum-sum tulang lembu.

Kalau anda tidak mahu mee rebus tulang, ada mee rebus daging serta nasi ayam penyet. Waktu operasinya pun lama — dari 7 pagi sampailah ke tengah malam. Jadi tak ada alasan untuk tidak singgah.

Peta Ke Sini

My location
Get Directions

Teroka Seluruh JB

Tempat menarik lain JB
Promo hotel, tarikan Johor
Layan kedai makan sedap JB