Isi Kandungan :
Jenama Ripley’s Believe It or Not mungkin tak popular sekarang. Tapi kalau anda dalam umur 40an, anda pasti ingat rancangan popular dengan nama ini satu masa dulu.
Tempat ini muzium yang menyimpan koleksi benda-benda pelik dari seluruh dunia. Dari mummia, barang seni atau hobi sampai ke barang yang tak difikirkan orang biasa.

Kredit : atiqaothman
Selain Malaysia, cuma ada satu lagi Muzium Ripley di Asia Tenggara, iaitu di Pattaya. Muzium Ripley’s di Indonesia dulu ada tapi ditutup pada hujung 90an lagi.
Jangan risau. Muzium ini tak macam sesetengah muzium Ripley’s yang aneh dan mungkin menakutkan untuk anak.
Yang kat Genting ceria sahaja, dan koleksi barangnya kebanyakannya pelik tapi tak horror.

Kredit : lonely_darren
Harga Tiket
Hari Biasa (RM) | Hujung Minggu (RM) | |
---|---|---|
Beli Pass Diskaun (5 Dalam 1) | ||
Pass 5 dalam 1* | 75 | 75 |
Tiket Ripley's Believe it Or Not | 23 | 23 |
*Pass 5 dalam 1 membolehkan anda masuk ke Ripley's Believe it Or Not dan 4 tarikan lain |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9 pg – 10 mlm
Lokasi
Tingkat 4, Sky Avenue