River Of Life KL

Tarikan Percuma

(3 review)

Kalau solat di Masjid Jamek, singgah ronda kawasan sini kejap.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 minit
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur

BAB BARU

Landskap

Dengan projek River of Life, sungai dalam bandaraya KL yang dulunya kotor, sudah mula berwajah baru.

Kawasan sekitar Masjid Jamek sudah ada landskap, mural dan juga lampu biru bila waktu malam.

Kawasan yang dulunya cuma tempat pejalan kaki sekarang sudah berpokok hijau.

Landscape kawasan ini sekarang sudah ceria.

Dan berjalan dari stesen LRT Masjid Jamek menyusuri sungai, kemudian naik ke jambatan pertama di KL, bergerak ke belakang Sultan Abdul Samad adalah pengalaman cukup berbeza dibandingkan pada tahun 90an.

Kalau anda tidur kat hotel sekitar Masjid Jamek, anda boleh jalan kaki pagi ataupun malam kat sini.

mural di bangunan tepi river of life
Kredit : remotedarren

river of life masjid jamek kl
Kredit : wany_adanal

PESONA MALAM

Pertunjukan Air Pancut

Bila malam, ada pertunjukan air pancut kat sini. Ia bermula dari pukul 9:15 malam sampai ke pukul 11 malam dengan tema berbeza-beza.

Ada tema Asma-ul husna sampailah ke pertunjukan air pancut terakhir yang dibuat ikut lagu Negaraku oleh Faizal Tahir.

TARAF ANTARABANGSA

Fasa Awal

Projek mengembalikan Sungai Gombak dan Klang menjadi kawasan riverfront terkemuka dunia sebenarnya telah mendapat perhatian dunia.

Kawasan ini sebenarnya pernah dinobat sebagai antara 10 kawasan riverfront terbaik dunia oleh majalah the Independent UK.

Tapi ini baru fasa pertama — yang bermula dari Central Market hingga ke Masjid Jamek.

Mungkin fasa lain akan membolehkan sungai dalam bandar KL ini lebih baik keadaannya.

Kredit : cayson87

kawasan taman belakang bangunan sultan abdul samad
Kredit : @justinetine

OOTD

Taman Ala Kolonial

Untuk duduk minum santai waktu pagi, ada taman di belakang bangunan Sultan Abdul Samad. Kawasan ini bersih dengan landskap teratur ala Kolonial.

Ramai yang bergambar di kawasan Dataran Merdeka, tapi tidak ramai yang tahu mereka boleh duduk tenteram di taman belakang bangunan bersejarah Kuala Lumpur ini.

Duduk ambil angin pagi, sambil minum kopi memang best. Sebabnya tempat ini bersih dan jarang ada orang.

Gelandangan

Sayangnya kawasan tepi sungai ini juga adalah tempat tidur gelandangan di sekitar Masjid Jamek, sepertimana dahulu.

Kawasan putih dan cantik yang baru di bina di hadapan masjid Jamek pun tempat mereka berkumpul.

Kami sarankan anda pergi ke sini berkumpulan pada waktu pagi. Dan jangan berseorangan pada waktu malam terutama jika anda wanita.

Mereka selalunya tidak mengganggu orang. Tapi ia tidak bermakna anda perlu leka di kawasan ini.

Port OOTD

tempat bergambar ootd di KL - River of Life

Bangunan besar di tepi River of Life sekarang sudah ada mural cantik kalau anda nak bergambar.

Selain kat sini, ada beberapa area lain untuk anda bergambar :

  1. Bangunan Sultan Abd Samad (dan taman belakangnya)
  2. Kwa Chai Hong

3 review utk River Of Life KL

4.7
Berdasarkan 3 review
5 bintang
66
66%
4 bintang
33
33%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-3 dari 3 review
  1. Sungai yang mengalir di sekitar kawasan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. Pemandangan malam hari akan dihiasi dengan cahaya berwarna biru di sepanjang sungai. Salah satu spot foto yang terasa cukup tenang dan romantis.

    (0) (0)
  2. Biasa² je. Tak ada apa kat sini, tempat orang lepak² je. Just tengok sungai ada lampu warna biru, pastu air pancut berlampu.

    Datang ambil² gambar je boleh la. 5-10 minit dah cukup.

    Jalan memang rata, boleh tolak wheelchair. Tapi nak ke seberang sana, ada tangga yang tak boleh dilalui wheelchair.

    Parking khas tak ada. Park la mana² then jalan kaki ke sini. Free je masuk sini.

    (0) (0)
  3. Lagi tempat menarik utk abadikan kenangan di Kuala Lumpur. Percuma sahaja.

    Boleh bergambar dengan suasana avatar disini.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
River Of Life KL River Of Life KL
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)