Kat sini, anda boleh tengok haiwan hutan yang dikumpul dari serata dunia — dari Sungai Mississipi di Amerika dan Nile di Afrika hinggalah ke Sungai Mekong Cina.
Ini juga satu-satunya taman hidupan liar yang bertemakan sungai dalam Asia.
Kat sini, anda boleh tengok ikan dan binatang lain yang menghuni kawasan sungai. Tak kisahlah ikan, memerang tau buaya.
Dan bila anda nak tengok binatang di pesisir sungai, anda akan naik bot.
Sayangnya sebab popular, bot ini kerap penuh dan menunggu untuk menaiki bot yang berdurasi 10 minit kadangkala mengambil masa berjam-jam.
Apapun, inilah satu-satunya tempat menarik dalam negara Singa ini kalau anda nak tengok panda.
Tapi kalau anda datang semata-mata nak melayan panda, tak perlu pergi jauh. Zoo Negara Malaysia pun ada sepasang.
Kalau anda nak memilih samada nak ke River Safari ataupun Zoo Singapura, dan bajet tak seberapa kami sarankan Zoo Singapura sahaja.

Kredit : tommytakesoff
Harga Tiket
Dewasa (SGD) | Kanak-Kanak (SGD) | Warga Emas (SGD) | |
---|---|---|---|
Pelancong Asing | 30.60 | 20.70 | 30.60 |
Warga Spore | 28.90 | 19.55 | 16.00 |
Beli Tiket Diskaun River Safari |
Tiket Diskaun
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9 pg – 6 ptg