Rollerwa

RM50.00

(1 review)

Nak main rollerblade tapi dalam suasana funky dan ceria macam kat drama Korea?

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 jam – 1 hari
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 50 untuk sessi 2 jam
Lokasi
Mall 1Utama, IOI Putrajaya, Lalaport Bukit Bintang.
Add to Cart
rollerwa
Rollerwa
RM50.00

DARI KOREA

Rollerskate Moden

Ini tempat main rollerblade indoor dari Korea yang berwarna-warni, bergaya retro dan siap ada tempat bergambar sekali.

Untuk tambah layan, gelanggang rollerblade ini pun siap ada muzik K-Pop untuk anda tambah asyik layannya.

Dan kalau lapar, ia ada kafe gaya 80an.

Bolehlah untuk anda beli makanan ringan macam croffle dan corndog.

LAYAN DGN KAWAN

Dalam Mall KL

Apapun, kalau nak datang dengan member dan bergambar, jangan lupa pakai pakaian yang ceria dan terang supaya ngam dengan suasana.

Semasa post ini kami tulis anda boleh ke Rollerwa di mall 1Utama, IOI mall Putrajaya dan juga satu lagi di mall Lalaport Bukit Bintang.

Tapi cawangan lain di KL bakal menyusul kelak.

Tiket Rollerwa

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
2 Jam
1 Utama5040
Lalaport6050
IOI Mall5040
Harga tiket dikemaskini hingga : 1 Julai 2023

Tips Keselamatan

  • Tempat sebegini berisiko untuk anda jatuh dan cedera — lagi-lagi untuk anda yang nak main roller blade kali pertama. Ambil perhatian yang anda bertanggungjawab sendiri jika berlaku kemalangan semasa beraktiviti di sini.
  • Pakai knee pad, elbow pad dan helmet setiap masa untuk kurangkan risiko cedera.
  • Bawa stokin sendiri kalau tak mahu beli di sini. Ia wajib — melainkan anda cuma nak teman kawan dan tak mahu join main sekali.

1 review utk Rollerwa

3.0
Berdasarkan 1 review
5 bintang
0%
4 bintang
0%
3 bintang
100
100%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-1 dari 1 review
  1. RM50 utk 2jam. Saya jatuh terduduk (heavy fall), took 1 week plus to recover 😭

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Rollerwa Rollerwa
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)