Roti Adventist Bakery - makanan sedap pulau pinang

Kredit : Timeout

Roti Adventist Bakery

Jika anda mahukan roti bijirin penuh dengan resepi dari Eropah semasa bercuti di Penang, cubalah roti dari Adventist Bakery.

Walaupun ia menjual pelbagai sajian berasaskan roti dan pastri lain, roti paling terkenalnya ialah Sprouted Life Grain Breads.

Kedai ini hanya mempunyai 2 cawangan di Malaysia, jadi kalau anda ingin merasai roti segar dan enak yang selama ini dinikmati oleh warga Penang, datanglah ke sini.

Tips Pengunjung

1. Cuba cinnamon roll kedai ini. Ia dibuat dengan tepung gandum penuh bersama kacang walnut dan kacang gajus. Ia selalunya habis awal, sekitar 1 ptg.

2. Jika anda tidak dapat ke Hospital Adventist untuk roti yang panas dan segar, anda juga boleh membelinya di Cold Storage berdekatan.

3. Kedai makan ini ada pengiktirafan Halal Jakim.

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan